KUALA LUMPUR:Hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan sesak sejak ia diwajibkan pada Ogos tahun lepas.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, perkara ini jelas menampakkan sikap kurang prihatin rakyat yang masih memandang mudah aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.
''Secara umum, saya boleh bahagikan kepada dua kumpulan, pertama kumpulan yang betul-betul patuh dan satu lagi kumpulan yang tidak patuh.
''Perkara ini dipengaruhi beberapa faktor terutama sekali sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) baru-baru ini apabila rakyat mula mengabaikan pemakaian pelitup muka ketika berada di kawasan awam dan sesak,'' katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, kegagalan rakyat memahami cara memakai pelitup muka dengan betul juga dilihat sebagai satu cabaran kepada kerajaan yang sedang bebertungkus-lumus membendung virus berbahaya itu daripada terus merebak.
''Kita perhatikan di tempat-tempat awam, ada segelintir rakyat yang tidak kisah malah ada yang letak pelitup muka di bawah dagu, di bawah hidung.
''Jadi bila angka positif sudah mencecah empat angka, masih ada lagi rakyat yang tidak memakai pelitup muka dan cara memakai pelitup muka masih salah, seolah-olah tidak peka dengan situasi sekarang ini,'' katanya.
Dr Malina berharap rakyat di negara ini tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab pemakaian pelitup muka dengan betul dalam usaha memerangi COVID-19.
Kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum pada 1 Ogos tahun lepas.
Orang ramai boleh didenda RM1,000 mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhinya. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 17 2021
![Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar Hanya 30 peratus rakyat Malaysia patuh arahan pemakaian pelitup muka - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/41588747991_surgicalmask.jpg)
Kegagalan rakyat memahami cara memakai pelitup muka dengan betul juga dilihat sebagai satu cabaran kepada kerajaan yang sedang bebertungkus-lumus membendung virus berbahaya itu daripada terus merebak. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702135893_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720972575_TBTOURDEFRANCE.jpg)
Koronavirus: Tour de France wajibkan pelitup muka di kawasan tertentu
Penganjur memperkenalkan langkah untuk baki acara Tour de France, yang berlangsung sehingga 21 Julai.
![Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707752106_TBCPMKumar.jpg)
Polis tahan enam anggota sindiket ah long disyaki ugut peminjam
Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
![Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718082556_facemask.jpg)
Buka sekejap pelitup muka ketika berurusan di kaunter - Polis
Mana-mana premis dimohon menetapkan syarat bagi setiap individu membuka pelitup muka ketika berurusan di kaunter perkhidmatan.
![Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703161243_TBAsitsSanna.jpg)
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
![Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704758714_TBSpainMasks.jpg)
Pelitup muka kembali wajib dipakai di Sepanyol
Perkara itu dinyatakan Kementerian Kesihatan ketika mana negara itu berdepan wabak selesema.
![COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703822831_pelitupmuka.jpg)
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
![COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu' COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703288495_TBpelitupmuka.jpg)
COVID-19: Orang ramai mula kembali amal 'norma baharu'
Penduduk di sekitar Johor Bahru membuat persiapan antaranya dengan mendapatkan kit ujian kendiri, pelitup muka dan cecair pencuci tangan.
![Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636511224_maskgeneric.jpg)
Pelitup muka, kit ujian COVID-19 cukup di pasaran, harga berpatutan - KPDN Sabah
Pelitup muka, cecair sanitasi serta kit ujian COVID-19 masih cukup di pasaran, antaranya di farmasi atau pasar raya.
![COVID-19: MAIK galakkan jemaah pakai pelitup muka di masjid, surau COVID-19: MAIK galakkan jemaah pakai pelitup muka di masjid, surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702981917_TBjemaahmasjid.jpg)
COVID-19: MAIK galakkan jemaah pakai pelitup muka di masjid, surau
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menggalakkan jemaah masjid dan surau memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.