Hanya 10.4 peratus daripada keseluruhan 445,104 anggota baharu Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang berdaftar bagi tempoh 2011 hingga September 2013 hadir sesi taklimat pengenalan setakat ini.
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 juga tidak dapat memastikan sama ada anggota yang belum diberi taklimat pengenalan Rela itu sudah diberi tugasan atau sebaliknya.
Ini kerana tiada daftar diselenggara bagi merekodkan sesi taklimat dan maklumat berkaitan anggota yang diberi penugasan juga tidak dimasukkan ke dalam sistem pengkomputeran, demikian menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Berdasarkan audit, Rela merekrut 339,458 anggota baharu pada 2011; 52,376 pada 2012 dan 7,131 orang bagi tempoh Januari hingga September 2013.
Laporan Audit itu juga menyatakan bagi tempoh 2011 hingga September 2013, sebanyak 290 sesi taklimat pengenalan Rela diadakan dengan 15 daripadanya bagi tempoh Januari hingga September 2013.
Selain itu, Rela juga hanya melaksanakan 48.2 peratus daripada 448 kursus yang dirancang bagi tempoh 2011 hingga September 2013.
"Bagaimanapun, perancangan berdasarkan takwim tahunan itu tidak dijadikan sasaran wajib jabatan kerana kekangan peruntukan yang diluluskan," menurut laporan itu.
Bahagian Latihan Rela memohon sebanyak RM10.99 juta setiap tahun bagi 2011, 2012 dan 2013, namun hanya RM0.24 juta diluluskan bagi 2011, RM2.6 juta bagi 2012 dan RM7.14 juta pada 2013.
Rela membelanjakan 95.8 peratus daripada peruntukan 2011, 99.2 peratus bagi 2012 dan 93.4 peratus untuk 2013.
Ketua Audit Negara juga mengesyorkan tindakan diambil terhadap pegawai yang mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar lebih dalam perolehan dua kontrak pembekalan 150,000 unit but kombat bernilai RM17,227,000.
Ini kerana menurut laporan itu, Lembaga Perolehan B, Kementerian Dalam Negeri memutuskan menawarkan harga purata RM123.05 sepasang kepada syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd dan SUPB Industries sedangkan syor mesyuarat pelarasan menetapkan harga diselaras kepada harga termurah iaitu RM115 selepas menolak petender yang menawarkan harga terendah RM108 sepasang.
Syarikat terbabit masing-masing menawarkan harga RM115 dan RM131.10 sepasang.
"Semakan Audit selanjutnya turut mendapati pembayaran dilakukan menggunakan peruntukan semasa Rela dan bukan diurus di bawah Arahan Perbendaharaan yang diarahkan Perbendaharaan Malaysia," kata laporan itu.
Rela dalam maklum balasnya menyatakan perolehan dengan harga purata RM123.05 sepasang itu diputuskan Lembaga Perolehan berdasarkan pelarasan situasi menang-menang kedua-dua syarikat.
Bernama
Mon Apr 07 2014
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Harga barang, inflasi meningkat selepas GST - Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan
Secara keseluruhan, sedikit peningkatan harga akan berlaku sekiranya dilihat dari segi purata.
MTDC catat penurunan pendapatan RM2.5juta pada 2012
MTDC mencatatkan penurunan pendapatan sebanyak RM2.5 juta atau 12.1 peratus pada 2012 berbanding tahun 2011.
Harga ikan dalam kontrak lebih tinggi berbanding harga pasaran
Harga ikan dalam kontrak beberapa kontrak hospital adalah tidak munasabah kerana lebih tinggi berbanding harga pasaran.
Peralatan sukan Sukma 13 di Melaka rosak, tidak digunakan selepas kejohanan berakhir
Pelbagai peraltan suka untuk Sukan Malaysia ke-13 di Melaka didapati tidak digunakan dan rosak sejak kejohanan berakhir pada Jun 2010.
Hanya 10% anggota baharu Rela hadir sesi taklimat pengenalan
Hanya 10.4% daripada keseluruhan 445,104 anggota baharu Rela hadir sesi taklimat pengenalan.