KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berasa terharu dengan pujian yang diberikan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas dedikasi beliau melaksanakan tugas untuk rakyat.
Hannah berkata beliau amat gembira apabila mengetahui bahawa usaha yang dilakukan beliau dan pasukan di kementeriannya, telah diketahui oleh pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim itu.
"Kami bekerja dari awal dan waktu kerja kami terhad, kerana saya mahu lakukan pelbagai pembaharuan, jadi atas dorongan itu kami mencipta budaya kerja yang kami ada sekarang.
"Bukan saya seorang tetapi saya berterusan beri tahu pasukan saya untuk terus bekerja.
"Saya rasa terharu kerana TMJ perasankannya dan berikan sokongan beliau kepada kami," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pembungkusan semula minuman coklat Goodday, di sini hari ini.
Pada podcast 'Keluar Sekejap' baru-baru ini yang dihoskan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bersama bekas Naib Ketua Pemuda Umno Shahril Sufian Hamdan, Tunku Ismail memuji mutu kerja Hannah sebagai 'hebat'.
Pada pelancaran itu, atlet e-sukan Malaysia Yap Jian Wei atau lebih dikenali sebagai 'xNova', dilantik sebagai duta kempen Goodday untuk memupuk penerimaan dan pengiktirafan yang lebih baik terhadap e-sukan, setanding dengan sukan-sukan lain.
Dalam masa sama, Hannah menyatakan keyakinannya terhadap kempen Goodday yang akan menyokong komuniti e-sukan dengan menghapuskan mitos berkaitan e-sukan, terutamanya mengenai kesihatan dan kecergasan.
Sementara itu, 'xNova' yang membantu Malaysia memenangi gangsa acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou 2022, teruja dengan inisiatif Goodday meningkatkan kesedaran mengenai e-sukan dalam kalangan masyarakat.
"Saya secara peribadinya mengalami stigma berkaitan e-sukan pada ketika mula-mula menyertainya, yang mana saya mahukan lebih banyak sokongan untuk e-sukan. Ia mempamerkan bakat luar biasa dalam generasi baharu, menawarkan peluang yang berterusan untuk pemain dan peminat, dan mengajar mengenai displin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Hannah (dua, kiri) pada Majlis Pelancaran Wajah Baharu Goodday Charge. -Bernama
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
KBS kaji insentif sesuai bagi tarik belia sertai Program Rakan Muda
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji insentif sesuai bagi menarik minat golongan belia untuk menyertai 10 program di bawah Program Rakan Muda.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
Hannah harap atlet wanita raih pingat di LA28, tumpuan pada skuasy
Hannah berkata harapan itu boleh disandarkan pada atlet skuasy wanita yang dilihat mempunyai persekitaran positif di bawah bimbingan SRAM.
Keputusan Sabah tidak jejas persiapan Sukan SEA 2027 - Hannah
Persiapan penganjuran Sukan SEA 2027 tidak terjejas meskipun Sabah memutuskan mahu mempertimbangkan semula cadangan menjadi penganjur bersama.
Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.
Gagal patuh garis panduan, tidak layak dapat geran - Hannah
Pihak persatuan yang gagal mengikut garis panduan sukan drag dan motorcross bakal berdepan tindakan disenarai hitam sekali gus tidak layak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Sukan SEA: Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang setuju jadi hos bersama Kuala Lumpur
Tiga negeri iaitu Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang bersetuju untuk menjadi hos bersama-sama Kuala Lumpur, bagi penganjuran Sukan SEA 2027.
Sukan Paralimpik: Hannah optimis kontinjen negara mampu capai sasaran empat emas
Hannah juga yakin barisan atlet terutama yang berpengalaman beraksi di pentas Paralimpik mampu menampilkan aksi luar biasa di Paris.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
PSM sudah bincang dengan PM, Hannah cari stadium sepak takraw
PSM dalam usaha mencari di sekitar Lembah Klang, namun masih belum memutuskan sama ada memilih stadium sedia ada atau membina stadium baharu.