KUALA LUMPUR: Berbaki hanya beberapa hari sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan persiapan rapi menjelang Op Selamat 18/2022 sempena perayaan itu yang dijalankan selama 10 hari berkuat kuasa esok.
Dianggarkan hampir 3,000 pegawai dan anggota polis dari enam negeri, iaitu Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Kuala Lumpur, akan digerakkan dalam operasi itu bagi menjaga keselamatan dan membantu melancarkan aliran trafik.
Di PERLIS, seramai 1,200 anggota telah bersiap siaga untuk digerakkan dalam operasi itu selepas dianggarkan 60,000 hingga 80,000 kenderaan dijangka memasuki negeri itu, menurut Ketua Polis negeri Datuk Surina Saad.
Beliau berkata sekatan jalan raya (SJR) hanya akan dilaksanakan mengikut keperluan bagi mengelak kesesakan lalu lintas pada musim perayaan itu, namun terdapat enam lokasi dijangka mengalami kesesakan iaitu kawasan Kuala Perlis, Padang Besar, Bulatan Jubli Emas Arau, Kangar Jaya dan Beseri.
Di JOHOR, seramai 300 pegawai dan anggota trafik kontinjen negeri, serta dibantu keanggotaan Ibu Pejabat Polis Daerah, akan digerakkan untuk operasi itu apabila kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di 30 kawasan jalan raya susulan pertambahan 70,000 orang dari Singapura memasuki negeri itu setiap hari.
Ketua Polis negeri Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata antara tumpuan tugasan ialah memfokuskan kawalan trafik dan keselamatan serta pemantauan kediaman dengan sebanyak 41 kawasan 'hotspot' dikesan kerap berlaku kemalangan dan daerah Batu Pahat mencatatkan kes tertinggi.
Di TERENGGANU, seramai 22 pegawai dan 167 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri ditugaskan sepanjang operasi itu memandangkan kenderaan masuk ke negeri berkenaan dijangka bertambah hingga lima kali ganda pada musim perayaan ini berbanding 13,000 kenderaan pada hari biasa.
Ketua Polis negeri Datuk Rohaimi Md Isa berkata SJR tidak akan dilaksanakan, namun 20 kawasan hitam telah dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan serta enam lagi kawasan panas perlu diberi tumpuan untuk melancarkan pergerakan kenderaan.
Sementara itu, seramai 45 pegawai dan 625 anggota polis akan bertugas dalam Op Selamat KUALA LUMPUR dengan fokus utama meminimumkan kadar kemalangan jalan raya selain mencegah jenayah pecah rumah dan memastikan keselamatan harta benda yang ditinggalkan penduduk semasa pulang ke kampung.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim turut menasihatkan warga kota supaya menghantar borang maklum balik kampung di balai polis berhampiran dan memaklumkan kepada jiran sekiranya pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, beliau berkata 10 laluan di sekitar ibu kota dikenal pasti sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan iaitu Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Ipoh, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Klang Lama, Jalan Duta dan Jalan Sungai Besi.
Di PAHANG, Ketua Polis negeri Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata dijangkakan antara 1.5 juta hingga empat juta kenderaan akan melalui jalan-jalan utama di negeri itu mulai hari ini, justeru, polis akan membuat pemantauan dengan melakukan rondaan di 16 'hotspot' termasuk di lebuh raya selain jalan Persekutuan.
Katanya, lebih 300 pegawai dan anggota akan terlibat dengan tumpuan utama untuk mencegah jenayah pecah rumah serta meminimumkan kemalangan jalan raya.
Di KEDAH, pengguna jalan raya diseru menghantar rakaman pengguna jalan raya lain yang melakukan kesalahan untuk tindakan diambil selepas 1.4 juta kenderaan dijangka akan memasuki negeri itu yang berisiko boleh melakukan kesalahan hingga membahayakan nyawa orang lain.
Ketua Polis negeri CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata rakaman kesalahan yang boleh diambil termasuk memotong kereta lain di hadapan dan memasuki lorong kecemasan seterusnya tindakan saman akan dikenakan kepada pesalah trafik itu.
Selain itu, beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan lebih kerap di kawasan 'hotspot' yang sering berlalu kemalangan antaranya di daerah Baling, Kulim, Kuala Muda, dan Kota Setar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
![Hampir 3,000 pegawai, anggota polis ditugaskan sepanjang Op Selamat Hampir 3,000 pegawai, anggota polis ditugaskan sepanjang Op Selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651157676_TBADLI.jpg)
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud (dua, kiri) bersama anggotanya meninjau pusat operasi serba guna lapangan di Plaza Tol Ajil sepanjang tempoh Op Selamat ke-18 Hari Raya Aidilfitri 2022. - Foto BERNAMA
![Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720314248_Tourists.jpg)
Taufan Beryl: Lapangan terbang Mexico dibuka semula
Pelancong dilihat sanggup beratur dalam barisan yang panjang sementara lapangan terbang perlahan-lahan kembali ke mod operasi.
![Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720223563_tbIsraelimilitary.jpg)
Hamas terima cadangan AS runding tebusan - Laporan
Hamas telah menggugurkan tuntutan agar Israel terlebih dahulu melakukan gencatan senjata kekal sebelum menandatangani perjanjian itu.
![PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720312434_KeirStarmer.jpg)
PM baharu Britain mansuh rancangan hantar migran ke Rwanda
Dasar Rwanda akan dibatalkan kerana hanya kira-kira 1 peratus pemohon suaka akan dikeluarkan dan ia akan gagal bertindak sebagai penghalang.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [07 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
- PM seru umat Islam istiqamah, hayati hijrah Rasulullah
- Analisis pasca PRK Sungai Bakap
- Fahmi jumpa penyedia platform media, tangani isu buli siber
#AWANInews #AWANIPagi
![Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718699837_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan MADANI insafi keputusan PRK Sungai Bakap - PM Anwar
Negara sedang meniti fasa penyesuaian dengan gelombang perubahan yang sedang giat dilaksanakan di bawah hala tuju baharu Kerajaan MADANI.
![Tergamak pukul ibu kandung depan jiran Tergamak pukul ibu kandung depan jiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720311000_pukulibuLangkat.jpg)
Tergamak pukul ibu kandung depan jiran
Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.
![Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720309166_protest.jpg)
Ribuan warga Israel gesa pilihan raya baharu
Demonstrasi yang dilakukan hampir setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik atau menjatuhkan Netanyahu.
PM baharu Britain kata rancangan hantar migran ke Rwanda dimansuhkan
Perdana Menteri baharu Britain, Keir Starmer berkata, rancangan kontroversi kerajaan terdahulu untuk menghantar migran ke Rwanda kini "dimansuhkan".
Ribuan warga Israel gesa pilihanraya baharu
Ribuan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu menggesa pilihan raya baharu yang berpotensi menggantikan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, yang memimpin salah satu gabungan berhaluan kanan paling dalam sejarah Israel.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Demonstrasi yang kerap dilakukan setiap minggu itu bagaimanapun masih belum mengubah landskap politik, dan Netanyahu masih menguasai majoriti stabil di parlimen.
Kekejaman zionis: 16 rakyat Palestin maut dalam serangan Israel di sekolah
Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi keluarga Palestin akibat kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza pada Sabtu.
![Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713443625_tbNikRaisnanDaud.jpg)
Penyuraian trafik melalui kaedah penarikan kurangkan kesesakan di Gua Musang
Nik Raisnan berkata langkah penyuraian itu dilaksanakan pihaknya dengan kerjasama agensi penguatkuasaan.
![Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61707791088_TBPDRMjpg.jpg)
Op Selamat: Lapan kematian dicatatkan di Johor
Sebanyak lapan kematian direkodkan setakat hari keempat Op Selamat 21 semalam, sempena Tahun Bahru Cina 2024 yang dilaksanakan di Johor.
![Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707641615_PlazaTolSungaiBes.jpg)
Op Selamat 21: 44 kemalangan maut dalam tempoh tiga hari
Sebanyak 4,764 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara dalam tempoh tiga hari Op Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
![12,407 kemalangan direkod sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN 12,407 kemalangan direkod sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683890179_TBBUKITAMAN.jpg)
12,407 kemalangan direkod sepanjang Op Selamat 20/2023 - KPN
Kemalangan maut pula merekodkan peningkatan 0.7 peratus iaitu 140 kes pada Op Selamat kali ini berbanding Op Selamat tahun lepas iaitu 139 kes.
![1,030 kemalangan direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat 1,030 kemalangan direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683101324_TBSHUHAILYSIDANGMEDI.jpg)
1,030 kemalangan direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat
Sebanyak 1,030 kemalangan jalan raya direkodkan di Pulau Pinang sepanjang Op Selamat ke-20 yang bermula 20 hingga 27 April lepas.
![Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668766691_TokBengYeow.jpg)
Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul anggota polis bertugas Op Selamat
Polis menahan empat individu kerana dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.
![Jangan leka layari media sosial ketika memandu - PDRM Jangan leka layari media sosial ketika memandu - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682412550_SuptKhairulAzahar.jpg)
Jangan leka layari media sosial ketika memandu - PDRM
Semua pemandu dinasihatkan agar tidak terus leka menggunakan alat peranti atau bermain media sosial ketika sedang melakukan pemanduan.
![Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673041580_kemalangan.jpg)
Op Selamat 20: 1,551 kemalangan direkodkan semalam
Polis Diraja Malaysia merekodkan 1,551 kemalangan pada hari kelima Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.
![IPD Ipoh lancar Op Selamat ke-20 IPD Ipoh lancar Op Selamat ke-20](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681954171_TBROADBLOCKjpg.jpg)
IPD Ipoh lancar Op Selamat ke-20
Antara fokus utama ialah memastikan trafik lancar, meminimumkan kemalangan, menjamin keselamatan kediaman dan mengurangkan jenayah.
![Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681879380_TBROADBLOCKjpg.jpg)
Polis tumpu 13 kawasan panas di Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling
Sebanyak 13 kawasan panas kerap berlaku kemalangan maut di negeri ini diberi tumpuan oleh Polis Kontinjen Kedah bagi pelaksanaan Op Selamat 20 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.