KUANTAN: Hampir 2,000 jemaah haji Pahang menerima 'duit poket' sebanyak RM500 seorang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata sumbangan julung kali diberikan itu berikutan prestasi kewangan kerajaan negeri yang baik dan kukuh sekali gus membolehkan hasil berkenaan dikembalikan semula kepada rakyat.
"Bantuan ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban bakal jemaah dan Insya-Allah kita akan teruskan di masa hadapan bergantung kepada tahap kedudukan kewangan kerajaan negeri.
"Lazimnya, apa yang kita buat selalunya diteruskan tak pernah dihentikan...kalau kedudukan kewangan bertambah baik kali ini RM500, tahun depan mungkin tambah lagi (jumlah bantuan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Negeri Pahang, di sini hari ini.
Selain bantuan wang tunai itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri turut membekalkan juadah makmur iaitu makanan sedia dimakan kepada jemaah haji.
Sementara itu, guru, Azlina Adam, 53, yang akan menunaikan haji bersama suami Ahmad Omar, 54, dan dua anak mereka Nur Amira Faeezah, 16, serta Muhammad Amar Faeez, 21, bersyukur kerana terpilih untuk mengerjakan ibadah itu pada tahun ini selain menerima bantuan daripada kerajaan negeri.
Beliau yang menetap di Jengka, Maran berkata ia merupakan usaha yang baik oleh kerajaan negeri untuk membantu rakyat dan akan menggunakan wang itu sebaik mungkin untuk persiapan haji.
Warga emas, Parinah Dolah, 75, yang ditemani anak sulungnya Hamimah Roslan, 56, pula menganggap sumbangan itu sebagai rezeki yang tidak disangka dan akan menggunakan ia ketika melaksanakan ibadah haji kelak.
"Ini pertama kali saya akan mengerjakan haji, seronok sangat masa dapat panggilan telefon daripada Tabung Haji ketika bulan puasa ...terima kasih juga kepada kerajaan negeri yang bagi bantuan ini, saya akan gunakan masa di tanah suci nanti," katanya yang menetap di Muadzam Shah, Rompin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Wan Rosdy berkata, sumbangan julung kali diberikan itu berikutan prestasi kewangan kerajaan negeri yang baik dan kukuh sekali gus membolehkan hasil berkenaan dikembalikan semula kepada rakyat. - Fail/BERNAMA
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Hampir 2,000 jemaah haji Pahang terima 'duit poket' RM500 seorang - MB
Hampir 2,000 jemaah haji Pahang menerima 'duit poket' sebanyak RM500 seorang sebagai bantuan untuk melaksanakan rukun Islam kelima itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.