Pemaju projek perumahan kini perlu mendaftarkan nama pembeli dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjualan secara pukal melebihi empat unit rumah.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata ini antara syarat baharu bagi penjualan secara pukal atau en-bloc dalam Permit Iklan dan Jualan Pemajuan Perumahan bagi projek baharu yang diperkenalkan mulai 16 Mei lalu.
"Kerajaan akan terus mengawasi kenaikan harga rumah dan jika perlu dari masa ke masa akan mengenakan langkah fiskal tambahan untuk mencari keseimbangan dalam pasaran.
"Ia juga bagi memastikan harga hartanah tidak melambung pada kadar yang tidak sihat yang bakal membebankan pembeli," katanya di Dewan Negara hari ini.
Halimah menerangkan bahawa berdasarkan laporan Indeks Harga Rumah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa perkembangan leseluruhan indeks harga rumah telah menunjukkan penurunan pada paras 9.6 peratus pada suku keempat tahun 2013.
“Laporan awal sukuan pertama tahun ini pula menunjukkan penurunan indeks dijangka ke paras 8.0 peratus.
“Laporan ini menunjukkan bahawa ‘property cooling measure’ yang telah dilaksanakan kerajaan semenjak 2010 telah mula menunjukkan kesan yang positif tetapi secara terkawal terhadap pasaran rumah di Malaysia.
“Keadaan ini berkemungkinan berpunca daripada sikap berkati-hati pelabur harta tanah dalam bertindak balas terhadap jangkaan ekstrapolatif dalam penentuan harga harta tanah di pasaran dan juga penjualan harta tanah,” katanya.
Sementara itu, Halimah berkata kerajaan negeri yang berhasrat untuk mengambil peranan yang lebih luas di dalam isu penyediaan perumahan, boleh bertindak mewujudkan Lembaga Perumahan Negeri di negeri masing-masing.
Beliau berkata setakat ini hanya tiga negeri yang telah menubuhkan Lembaga Perumahan Negeri iaitu Johor, Melaka dan Selangor.
“Terpulanglah kepada pihak kerajaan negeri sekiranya hendak mewujudkan Lembaga Perumahan Negeri.
“Sekiranya berhasrat untuk mengambil peranan yang lebih luas dari segi penyediaan perumahan yang dibangunkan oleh pihak swasta dan yang lain, mungkin negeri itu boleh mewujudkan Lembaga tersebut,” katanya.
Halimah berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan daripada Senator Datuk Mohd Salim Shariff yang ingin mengetahui adakah Lembaga Perumahan Negeri akan ditubuhkan di setiap negeri bagi mengawal harga rumah di kawasan Bandar.
T K Letchumy Tamboo
Tue Jun 24 2014
![Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71372769786_295x200.jpg)
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique. -Foto fail
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41596712150_HalimahMohamed.jpg)
Isu bendera terbalik: KKMM, KPN adakan kempen hormati Jalur Gemilang - Halimah
Datuk Halimah Mohd Sadique berkata kempen-kempen yang akan diadakan itu berhubung kait dengan semangat patriotisme rakyat Malaysia seperti cara mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang.
![Kerajaan kaji laksana semula silibus Sivik, Tatanegara - Halimah Kerajaan kaji laksana semula silibus Sivik, Tatanegara - Halimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595387091_DatukHalimahMohame.jpg)
Kerajaan kaji laksana semula silibus Sivik, Tatanegara - Halimah
Dalam merealisasikan hasrat itu, pihaknya ketika ini sedang berbincang bersama dua kementerian lain iaitu Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
![Dewan Rakyat luluskan RUU Pencegahan Jenayah awal pagi ini Dewan Rakyat luluskan RUU Pencegahan Jenayah awal pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81483285198_NurJazlanMohamed.jpg)
Dewan Rakyat luluskan RUU Pencegahan Jenayah awal pagi ini
Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Rakyat awal hari ini.
![Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71372769786_295x200.jpg)
Halimah: Pemaju projek perlu daftar nama pembeli pukal dengan Kementerian
Pemaju projek perumahan kini perlu mendaftarkan nama pembeli bagi penjualan secara pukal melebihi empat unit rumah.