KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menetapkan hala tuju berkenaan pelbagai pengendali perkhidmatan rel, tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan untuk memperkasakan industri kereta api.
Kementerian Pengangkutan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin berkata kajian berkenaan menjurus kepada penambahbaikan tadbir urus dan kerangka model kereta api sedia ada termasuk dalam aspek kewangan, ekonomi, operasi, sosial, kawal selia dan perundangan.
Jawapan itu bagi menjawab pertanyaan lisan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang tidak dijawab di dalam Dewan Rakyat berhubung sama ada kerajaan akan mengizinkan lebih banyak syarikat bersaing dalam perkhidmatan penumpang rel supaya penumpang mempunyai lebih banyak pilihan.
Menurut kementerian, kajian tersebut turut merangkumi aspek pengukuhan pemain utama industri kereta api jajaran utama iaitu Keretapi Tanah Melayu Bhd dan Perbadanan Aset Keretapi (RAC) serta keperluan mewujudkan entiti baharu bagi menyokong keseluruhan ekosistem yang mampan dan kompetitif.
Kementerian berkata pihaknya melihat terdapat peluang untuk menambah baik ekosistem pengurusan kereta api bagi sektor jajaran utama yang kini dioperasikan oleh KTMB.
"Aspek kemampanan operasi dan penambahbaikan ekosistem dalam pengurusan kereta api sentiasa diteliti agar operator dapat terus berdaya saing untuk memberi perkhidmatan terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 12 2023
Kerajaan akan menetapkan hala tuju berkenaan pelbagai pengendali perkhidmatan rel, tertakluk kepada hasil kajian kebolehlaksanaan yang sedang dilaksanakan untuk memperkasakan industri kereta api. - Gambar hiasan
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Hala tuju pelbagai pengendali perkhidmatan rel akan ditetapkan selepas kajian - MOT
Kajian berkenaan menjurus kepada penambahbaikan tadbir urus dan kerangka model kereta api sedia ada.
Hari Kemerdekaan: LRT, MRT, Monorel mula operasi 4.30 pagi
Menurut RapidKL, kekerapan tren juga akan ditambah mengikut keperluan semasa operasi.
Operasi tren Rapid KL hingga 11 malam mulai esok - Prasarana
Perkhidmatan rel kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan beroperasi mulai 6 pagi hingga 11 malam bermula esok berikutan lanjutan tempoh PKP hingga 18 Feb ini.