KUALA LUMPUR:Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar perbicaraan kes pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ditukarkan dari mahkamah jenayah ke mahkamah sivil.
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) hari ini mengesahkan mengenai pertukaran Mohd Nazlan ke mahkamah sivil berkuat kuasa 1 Mac ini.
"Pertukaran ini adalah amalan biasa untuk hakim-hakim. Pertukaran Yang Arif Mohd Nazlan ke Mahkamah Sivil adalah bagi menggantikan Yang Arif Wong Chee Lin yang akan bersara," menurut PKPMP dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya Mohd Nazlan sebelum ini merupakan hakim Mahkamah Tinggi Komersial, sebelum ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Jenayah dan mempunyai kepakaran serta pengalaman luas berhubung kes-kes sivil dan jenayah.
"Selain itu, kes-kes di Mahkamah Tinggi Jenayah 3 hanya tinggal lebih kurang dalam 30 kes sahaja dan Mahkamah itu boleh ditutup," katanya.
Menurut kenyataan itu sebarang kes jenayah yang telah didengar oleh Mohd Nazlan akan terus didengar olehnya sehingga selesai, walaupun sekiranya prosiding kes itu melepasi tarikh kuat kuasa pertukarannya pada 1 Mac nanti.
Pada bulan Julai 2018, Mohd Nazlan ditukarkan dari Mahkamah Komersial Baharu 1 (NCC) ke mahkamah jenayah 3 untuk mendengar kes berkaitan dana RM42 juta SRC International yang melibatkan Najib.
Beliau mengambil alih pendengaran kes berkenaan daripada hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.
Sebelum ini Majlis Peguam dilaporkan menggesa Mohd Sofian menarik diri daripada mendengar kes itu memandangkan abangnya, Mohd Soffi, memegang jawatan dalam UMNO dan juga dalam kerajaan negeri Pahang.
Najib merupakan Ahli Parlimen Pekan dan juga bekas Presiden UMNO.
PKPMP dalam kenyataan pada 6 Julai 2018 berkata pemilihan Mohd Sofian untuk mendengar kes perbicaraan Najib dibuat secara rawak menerusi portal e-filing.
Sementara itu bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa dihubungi berkata pertukaran hakim adalah perkara biasa dalam badan kehakiman.
Pada 28 Julai lepas Mohd Nazlan mensabitkan Najib, perdana menteri ke-enam negara terhadap tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang dan salah guna kedudukan dalam kes melibatkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd itu.
Selain kes SRC International, Mohd Nazlan turut mendengar beberapa kes berprofil tinggi yang lain.
Pada 7 Dis lepas Mohd Nazlan dalam penghakimannya melepas tanpa membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada pertuduhan menerima rasuah RM1 juta daripada seorang ahli perniagaan, selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) hari ini mengesahkan mengenai pertukaran Mohd Nazlan ke mahkamah sivil berkuat kuasa 1 Mac ini. - Gambar fail

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.