KUALA LUMPUR:Hakim Mahkamah Sesyen yang mendengar kes rasuah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Ezette A. Samad kecewa kerana terpaksa melapangkan perbicaraan kes itu yang sepatutnya bersambung minggu ini.
Ia berikutan Ahli Parlimen Kinabatangan itu perlu menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, lapor Bernama.
Hakim Rozina Ayob turut menegur tindakan peguam Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, lewat menghantar surat kepada mahkamah iaitu pada 17 Dis lepas, bagi memohon perbicaraan yang ditetapkan pada hari ini sehingga 24 Dis dilapangkan.
"Saya amat kecewa, saya pasti kamu sudah mengetahui jadual persidangan DUN Sabah lebih awal, saya rasa 14 hari sebelum persidangan? Pendakwaan sudah menyemak prosedur DUN Sabah, apa kehendaknya? Jadi saya pasti sudah tahu lebih awal, kenapa saat akhir pada 17 Dis baru (surat) dikemukakan?
"Kalau sememangnya tidak boleh nak jalankan kes ini, sekurang-kurangnya saya boleh panggil kes lain untuk didengar, jadi sekarang kamu telah membuang masa saya sepanjang minggu," katanya.
Hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pihak pembelaan menyambung soal balas saksi pendakwaan kesembilan, pegawai khas bekas pengerusi Felcra Nazrul Aswad.
Peguam Datuk K. Kumaraendran yang mewakili Zizie Ezette kemudian berkata pihaknya mengambil tanggungjawab penuh terhadap teguran itu dan memohon maaf kepada Rozina bagi pihak peguam bela Bung Moktar, M. Athimulan, yang tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Zizie Ezette dan seorang lagi peguam Bung Moktar, Ridha Abdah Subri hadir ke mahkamah.
Jelas Kumaraendran, pihak pembelaan dimaklumkan bahawa Bung Moktar yang juga Anggota DUN Lamag mendapat pemakluman pada saat akhir bahawa beliau perlu menjawab beberapa soalan di DUN.
"Sekurang-kurangnya beri kami pemberitahuan sementara yang kamu mungkin tidak dapat hadir kerana apa pun alasan atau mesyuarat ini (DUN), jadi saya tidak mahu perkara seperti ini berlaku lagi pada saat akhir.
"Kalau tidak, saya dah boleh isi dengan kes-kes lain yang memang ada yang belum selesai, bukan hanya kes kamu yang harus saya dengar, ada perkara kepentingan awam lain yang harus saya dengar. Sebagai pegawai mahkamah, saya pasti kamu mengetahui amalan mahkamah.
“Saya terpaksa memberi penangguhan kerana kita tidak boleh meneruskan (kes) tanpa kehadirannya kerana ini kes jenayah dan saksi berikutnya adalah saksi penting.
“Walaupun peruntukan undang-undang ada yang membenarkan kita untuk meneruskan kes (tanpa kehadiran tertuduh) tetapi untuk keadilan dalam hal ini, saya pertimbangkan semua tarikh yang dipohon (untuk dilapangkan) dibenarkan yang mana mahkamah terpaksa menjadual semula (perbicaraan) ke tarikh lain," kata Rozina.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan akan mengemukakan 17 saksi pendakwaan lagi selepas saksi pendakwaan kesembilan selesai memberi keterangan.
Rozina menangguhkan perbicaraan kes itu sehingga 11 Jan ini dan meminta pihak pembelaan mengemukakan tarikh persidangan DUN Sabah yang lengkap bagi memudahkan mahkamah menjadual semula tarikh-tarikh lain perbicaraan kes itu.
"Pada 11 Jan, (pihak pembelaan) sila sahkan mengenai tarikh yang ditetapkan sebab saya tak nak dapat surat seperti ini yang menyatakan terpaksa bersidang, ia tidak elok kerana kedua-duanya (kes mahkamah dan DUN) adalah kepentingan awam dan kedua-duanya penting di sisi rakyat," katanya.
Pada 3 Mei tahun lepas, Bung Moktar, 60, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif pada ketika itu, dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isterinya Zizie Ezette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai untuk dirinya sebanyak RM335,500 daripada seorang lagi ejen pelaburan Public Mutual Norlaili Ahmad Mokhtar, 42, di bawah nama Zizie Izette atas sebab yang sama.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di tempat yang sama pada 19 Jun 2015.
Zizie Ezette juga mengaku tidak bersalah atas tiga kesalahan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara yang sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama.
Agensi
Mon Dec 21 2020

Pada 3 Mei tahun lepas, Bung Moktar, 60, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah sejumlah RM2.2 juta dan RM262,500. -Gambar fail

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.

Peguam Bung Moktar sakit jantung, prosiding tangguh 9 Oktober
Prosiding pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan Zizie Izette daripada pertuduhan rasuah ditangguhkan ke 9 Oktober depan.

Status lima ADUN UMNO Sabah sokong Hajiji akan dinilai lembaga disiplin, MKT parti
Status lima ADUN UMNO Sabah yang menyokong Datuk Seri Hajiji akan dinilai lembaga disiplin parti.

ADUN Warisan, UMNO tidak hadir DUN Sabah, sepakat sokong dua RUU kuasa kawal selia bekalan gas
Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti Warisan dan UMNO Sabah dilihat tidak hadir pada sidang khas di Dewan Undangan Negeri Sabah, hari ini.

Politik Sabah: Istana Seri Kinabalu sedia kanopi untuk media
Dua kanopi disediakan di hadapan pintu gerbang Istana Seri Kinabalu kepada pengamal media yang 'berkampung' di hadapan Istana Seri Kinabalu.

Serah kuasa: Bantu Kerajaan Sabah rancang pembangunan bekalan air, letrik, jalan raya - Bung Moktar
Penyerahan kuasa meluluskan projek-projek pembangunan bernilai bawah RM50 juta kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak dilihat dapat merancangkan pembangunan tiga keperluan asas yang dituntut rakyat Sabah.

Dakwaan ADUN BN terlibat usaha tukar kerajaan tidak benar - Bung Moktar
Bung Moktar menafikan dakwaan terdapat usaha untuk menggantikan kerajaan yang ditadbir oleh parti itu dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada kerajaan BN-Parti Warisan (Warisan).

PRU15: Bung Moktar, Maximus Ongkili kekal pertahan kerusi
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar kekal mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerja baik pulih cerun KM2.1 Sandakan dimulakan bulan depan - Bung Moktar
Kerja-kerja pembaikan cerun yang runtuh di kilometer KM2.1 jalan utama menuju ke pusat bandar berhampiran bulatan menara jam SM Sung Siew, di sini, akan dimulakan bulan depan.

'Pejuang di Semenanjung pun kalah teruk, mau datang Sabah lagi?' - Bung Moktar
Tegasnya, Pejuang hilang semua wang pertaruhan ketika bertanding di Semenanjung dan amat mustahil rakyat Sabah berminat dengan parti itu.

Naikkan harga tiket: Syarikat penerbangan 'hisap darah' rakyat - Bung Moktar
Ada syarikat penerbangan meletakan syarat semua penumpang wajib mendaftar masuk melalui mesin disediakan, dan bayaran RM100 dikenakan.