KUALA LUMPUR: Bermula tahun ini, individu bakal memiliki rumah berstrata di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kursus berkenaan akan meliputi taklimat mengenai pentingnya membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.
"Kesedaran sivik yang tinggi akan menjadikan komuniti tersebut lebih mesra alam dan mesra komuniti.
"Sebab itu mereka perlu hadir kursus kesedaran sivik kerana semua pihak perlu faham apabila kita menikmati kemudahan (disediakan di perumahan) ada juga tanggungjawabnya oleh penghuni. Oleh itu, sebelum ambil kunci rumah kena hadir kursus," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.
PPR adalah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah yang dilaksana Jabatan Perumahan Negara.
Ia terdiri daripada dua kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki, yang kedua-duanya menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah ditetapkan dalam Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS2).
Bagaimanapun, terdapat banyak isu dikaitkan dengan mereka yang tinggal di kawasan PPR seperti vandalisme, kebersihan, membuang sampah dari tingkat atas dan adab kejiranan sehingga turut dilaporkan dalam media tempatan.
Beliau berkata, pihaknya menyarankan semua PPR sedang dirancang turut merangkumi unsur-unsur komersial seperti memiliki kedai serbaneka dan kemudahan perbankan, selain utiliti asas seperti internet, elektrik dan air bagi menambah daya tarikan terhadap PPR berkenaan.
"Kita akan masukkan ciri-ciri baharu pada projek perumahan ini supaya lebih berdaya huni, mesra alam, mesra penghuni dan masukkan elemen komersial serta landskap lebih selesa kepada penghuni," katanya.
Nga berkata, menerusi Belanjawan 2023, sebanyak RM367 juta diperuntukkan bagi pembangunan PPR baharu yang bakal memanfaatkan 12,400 penghuni manakala RM358 juta bagi pembinaan 4,250 unit Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad.
Sementara itu, beliau berkata, menerusi belanjawan itu juga, kira-kira 100,000 penghuni di 56 PPR bakal menikmati internet percuma selama sembilan bulan.
"Tahun ini juga kita berjaya dapat peruntukan khas RM50 juta untuk tukar lif rosak dan usang di PPR.
"Saya sasar tukar 100 lif setahun, sepenggal (pemerintahan) boleh tukar 500 lif," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 05 2023
Bermula tahun ini, individu bakal memiliki rumah berstrata PPR perlu menghadiri kursus kesedaran sivik bagi memberi kesedaran, pemahaman dan tanggungjawab mengenai hidup berkomuniti dan adab kejiranan, kata Nga Kor Ming. - Gambar fail
Mayat ditemukan di ruang roda pesawat United Airlines di lapangan terbang Hawaii
Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O'Hare di Chicago.
2DekadTsunami: Aku, Aceh dan tsunami
Program Podcast Tsunami 20 tahun dan resensi buku "Aku, Aceh dan Tsunami" oleh Norazam Abu Samah menjadi tumpuan, menceritakan pengalaman dan semangat juang warga Aceh selepas bencana.
Pantau Belanjawan: Lonjakan Pelaburan Malaysia: Pacu Momentum 2025
Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengupas berkenaan prestasi pelaburan tahun 2024 dan bagaimana momentum kukuh ini boleh diteruskan pada 2025.
The need for Regulation of Property Management Practice under Act 242 & BOVAEP
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
AWANI Ringkas: JPS ramal banjir di sembilan jajahan Kelantan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe, projek perintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona, dalam misi untuk membantu saintis mengetahui lebih lanjut mengenai bintang terdekat Bumi.
Penumpang pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Lima wartawan terbunuh awal pagi Khamis apabila kenderaan mereka terbakar dalam serangan udara di sekitar Hospital Al-Awda di Nuseirat di tengah Gaza.
Banjir Raub pulih sepenuhnya
Seramai 89 mangsa daripada 28 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Lipis.
Apple beri sebab kenapa tidak akan bangunkan enjin carian tersendiri
Apple memilih untuk bekerjasama dengan Google, yang membayar sekitar $20 bilion untuk menjadi enjin carian utama pada peranti Apple.
Hadiri kursus kesedaran sivik sebelum ambil kunci rumah PPR - Nga
Kursus itu meliputi taklimat kepentingan membayar yuran penyelenggaraan, menjaga kebersihan dan mengelakkan vandalisme.