PETALING JAYA: Orang ramai masih boleh mengunjungi lebih daripada sekali di sesebuah pusat beli-belah dengan syarat tempoh berada di premis berkenaan tidak melebihi had maksimum dua jam sepertimana yang ditetapkan.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, kelonggaran tersebut bagi memastikan pelanggan tidak berasa terbeban dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan.
Jelasnya, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kekangan masa selepas SOP diperketatkan.
"Kalau kita tanya mengenai keselesaan memang mereka nak lebih (masa) tetapi untuk mencapai objektif tertentu perlu ada sedikit kerjasama daripada semua pihak dan penting untuk mereka merancang.
"Biasanya orang yang datang sini sudah biasa dengan pusat beli belah, dia dah tahu di mana kalau nak beli makanan dan bukan tercari-cari dan tidak sepatutnya buang masa.
"Tambahan pula, masa dua jam itu bukan untuk hari itu, kalau ada benda yang sangat penting, (pelanggan) datang lah lagi...
"Tidak apa (datang lebih sekali)... kita tidak sampai nak mengekang kebebasan, cuma kita hendakkan tanggungjawab. Kalau tiada alasan, jangan lah keluar. Kalau dapat, keluar sekali atau dua tiga hari sekali.
"Jangan keluar hari-hari dan pagi petang, itu yang kita tidak mahu," katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan operasi had masa dua jam di pusat beli-belah Sunway Pyramid, di sini hari ini.
BACA: MySejahtera pantau had dua jam pelanggan di premis peruncitan
Mengulas lanjut, Hasnol berkata pihak berkuasa yang diturunkan kuasa akan sentiasa menjalankan pemantauan bagi memastikan tiada kesesakan berlaku di premis perniagaan.
Mengenai tinjauan di Sunway Pyramid pula, Hasnol berkata pihaknya mendapati rata-rata pelanggan memperuntukkan masa sekitar sejam 40 minit untuk mencari barangan keperluan.
Tambahnya lagi, KPDNHEP juga menggunakan budi bicara bagi kes-kes tertentu sekiranya mendapati pelanggan terlebih masa berada di dalam premis perniagaan.
"Kita secara rawak telah membuat semakan kepada 230 pengunjung di Sunway Pyramid dan daripada jumlah tersebut, purata mereka berada di pusat membeli-belah ini adalah selama sejam 40 minit. Jadi, ini menunjukkan kepatuhan dan kesedaran adalah pengunjung tinggi.
"Ada juga berada di sini dalam tempoh yang singkat, dan ada satu kes yang menunjukkan dia berada di premis ini selama 20 minit.
"Namun, yang paling lama kita dapati ialah dua jam empat minit, tetapi ini kita anggap sebagai masa kecederaan dan kita tidak kenakan kompaun dan sebagainya, mungkin ada isu-isu seperti kelewatan sedikit dan kita memahami perkara itu," jelas beliau.
Dalam perkembangan sama, Hasnol menyarankan supaya orang ramai menggunakan sebaik mungkin aplikasi MySejahtera dalam memudahkan anggota KPDNHEP dan pihak premis membuat pemantauan sekiranya perlu.
Dalam pada itu, bagi memastikan pematuhan SOP had maksimum, pihak pengurusan Sunway Pyramid melaksanakan beberapa inisiatif termasuk membuat siar raya.
KPDNHEP pada Ahad mengumumkan tempoh masa pelanggan dalam semua premis peruncitan termasuk pusat beli-belah dihadkan maksimum dua jam, mengikut SOP Sektor Perdagangan Pengedaran PKP 3.0 yang berkuatkuasa 25 Mei.
Selaras itu juga, semua premis peruncitan termasuk kompleks beli-belah wajib mengehadkan jumlah pelanggan pada satu-satu masa mengikut keluasan premis perniagaan dengan penetapan seorang bagi setiap empat meter persegi.
Hasimi Muhamad
Wed May 26 2021
![Had maksimum: Pelanggan masih boleh pergi pusat beli-belah lebih sekali - KPDNHEP Had maksimum: Pelanggan masih boleh pergi pusat beli-belah lebih sekali - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622016051_KPDNHEPduajam.jpg)
Hasnol (GAMBAR) menyarankan supaya orang ramai menggunakan aplikasi MySejahtera dalam memudahkan anggota KPDNHEP dan pihak premis membuat pemantauan sekiranya perlu - Gambar Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Had maksimum: Pelanggan masih boleh pergi pusat beli-belah lebih sekali - KPDNHEP Had maksimum: Pelanggan masih boleh pergi pusat beli-belah lebih sekali - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622016051_KPDNHEPduajam.jpg)
Had maksimum: Pelanggan masih boleh pergi pusat beli-belah lebih sekali - KPDNHEP
Setakat ini, KPDNHEP belum menerima sebarang aduan berhubung kekangan masa selepas SOP diperketatkan.