Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
JPV dalam satu kenyataan hari ini berkata sehingga kini, 36 lokasi disahkan positif wabak itu melibatkan enam jajahan iaitu 15 lokasi di Kota Bharu, enam di Pasir Mas, lima di Tumpat, enam di Bachok, tiga di Pasir Puteh, dan satu di Tanah Merah, melibatkan 51 premis.
"Jumlah pelupusan adalah 56,953 ekor ternakan unggas dan 17,531 biji telur. Bagi aktiviti pemantauan, jumlah sampel yang diambil 3,792 daripada 647 pemilik," menurut kenyataan berkenaan.
Melalui operasi sekatan jalan raya di empat lokasi strategik pula, sebanyak 21,764 kenderaan telah diperiksa dengan 61 kes rampasan melibatkan 286 ekor unggas.
Menurut JPV, setakat ini tiada jangkitan H5N1 dikesan dalam kalangan manusia manakala negeri lain pula kekal bebas wabak itu, namun berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi.
Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran kerana ia dikeluarkan oleh penternak di negeri yang bebas penyakit tersebut.
Pada 15 Mac lepas, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak H5N1 sebagai bencana negeri susulan kematian ayam kampung akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong, di sini pada 6 Mac.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017
![H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466136432_ayampasar.jpg)
Orang ramai juga tidak perlu bimbang untuk menikmati telur dan ayam pedaging yang dijual di pasaran. -Gambar fail
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung 50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51672711263_Chickens.jpg)
50,000 ayam dimusnahkan di Denmark akibat wabak selesema burung
Kira-kira 50,000 ekor ayam perlu dimusnahkan susulan penularan baharu virus selesema burung di sebuah ladang di barat Denmark, menurut kenyataan Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan negara itu
![Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71669960495_PeruBirdFlu.jpg)
Selesema burung: 37,000 unggas dihapus untuk cegah penularan wabak
Peru mengisytiharkan darurat kesihatan kebangsaan selama 90 hari kelmarin selepas mengesahkan kes selesema burung H5N1 .
![Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51580787709_TBxjpg.jpg)
Tiada haiwan hidup, produk diimport dari Shaoyang, China
Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam berkata, China telah mengambil tindakan untuk mengawal penyakit H5N1.
![10 berita pilihan sepanjang hari ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-10/61572275333_BeritaPilihan.jpg)
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 2 Februari 2020.
![MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577331180_TBRAMPASjpg.jpg)
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.
![Ayam di pasaran tidak dijangkiti selesema burung - JPV Ayam di pasaran tidak dijangkiti selesema burung - JPV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535418288_Ayam.jpg)
Ayam di pasaran tidak dijangkiti selesema burung - JPV
Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ayam yang dijual di pasaran kerana ia selamat daripada jangkitan selesema burung.
![10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung 10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-08/71502448682_Chickens.jpg)
10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung
Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.
![H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466136432_ayampasar.jpg)
H5N1: Tiada kes baharu dikesan di Kelantan
Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak 59 hari lepas, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
![Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81483419492_AvianFlu.jpg)
Wabak selesema burung ditemui di sebuah lagi daerah di Perancis
Ujian makmal mengesahkan kehadiran wabak influenza H5N8 itu daripada burung-burung dan ladang ternakan di dua daerah terpencil berdekatan bandar di barat Niort, jelas wilayah Deux-Sevres.
![Tiada virus H7N9 dikesan sehingga kini Tiada virus H7N9 dikesan sehingga kini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61368327377_295x200.jpg)
Tiada virus H7N9 dikesan sehingga kini
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata tiada virus H7N9 di kesan pada unggas hidup di negara ini.