Seorang guru tuisyen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan merangsang tiga kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun untuk melakukan kelucahan melampau dengannya.
Mohd Amin Nur Izwan Jamaluddin, 21, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.
Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah sewanya di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lepas.
Tertuduh, yang juga pembantu pengurusan murid di sebuah sekolah kebangsaan di Bayan Baru dekat sini, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Edward Chan tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius dan dia mungkin akan mengganggu semua mangsanya jika dibenarkan jaminan.
"OKT (Orang Kena Tuduh) merupakan seorang guru tuisyen kepada kesemua mangsa dan ini juga menyebabkan OKT mempunyai kedudukan 'authority' terhadap mangsa-mangsa.
"OKT juga adalah seorang penjawat awam di mana kesalahan yang dilakukan itu boleh menunjukkan karektor yang buruk terhadap murid-murid di sekolah," hujah beliau.
Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Joseph Cheong kemudiannya memohon agar jaminan dibenarkan terhadap Mohd Amin Nur Izwan agar dia boleh balik ke Permatang Pauh kerana dia masih perlu menjalani kehidupan untuk menyara ibu bapa yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.
Sitarun Nisa membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 27 Julai depan untuk sebutan semula kes.
Astro Awani
Wed Jun 24 2015

Tertuduh (kiri) mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz. - Foto Bernama

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Amang seksual: Guru tuisyen kena penjara enam tahun, tiga sebatan
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang guru tuisyen dipenjara enam tahun dan disebat tiga kali kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, empat tahun lepas.

Bekas guru tuisyen didakwa terlibat aktiviti pengubahan wang haram
Tertuduh didakwa menerima RM12,000 hasil aktiviti pengubahan wang haram berkaitan penjualan bayi.

Sebar berita palsu COVID-19: Suri rumah didenda RM5,000, guru tuisyen mengaku tidak salah
Seorang suri rumah di Perlis dan seorang guru tuisyen di Johor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas kesalahan menyebarkan berita palsu berhubung jangkitan COVID-19.

Guru mengaku bunuh isteri guna rak penyidai baju
Sebelum kejadian, kedua-dua suami isteri itu bertengkar menyebabkan suspek memukul mangsa di bahagian kepala.

Guru tuisyen wanita cedera dalam cubaan samun
Dalam kejadian 10.30 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun sedang berjalan pulang ke rumahnya balik dari pusat membeli-belah, sebelum dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.

Jadi guru tuisyen peluang graduan jana pendapatan
Menjadi guru tuisyen mampu mengeluarkan siswazah daripada kepompong pengangguran serta meluaskan kemahiran interaksi sosial mereka dengan masyarakat.

Guru nyaris kerugian RM4,800 gara-gara cinta si mata biru
Wanita berusia 25 tahun tersebut dihubungi 'teman lelakinya' yang memberitahu dia telah mengirimkan pelbagai barangan termasuk sebuah beg tangan berjenama Furla dan satu unit telefon bimbit iPhone 7.

Guru tuisyen didakwa rangsang tiga kanak-kanak lakukan kelucahan melampau
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di rumah sewanya di Lengkok Mahsuri, Bayan Baru dekat sini dari Februari hingga Mei lepas.