Seorang guru ditahan dalam siasatan dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak membabitkan sebuah pusat jagaan di China.
Ia susulan dakwaan staf di pusat itu memberi ubat kepada kanak-kanak melalui suntikan.
Kes itu gempar apabila ibu bapa kanak-kanak terlihat kesan suntikan pada badan anak mereka yang dipercayai disebabkan oleh jarum.
Selain itu, mereka turut mendakwa anak mereka seawal usia tiga tahun diberi pil dan didera secara seksual, lapor Independent.
“Pelajar yang nakal dipaksa berdiri dalam keadaan bogel atau dikurung di dalam bilik gelap di tadika itu,” kata seorang penjaga kepada portal berita Caixin.
Polis menahan wanita berusia 22 tahun itu, yang hanya dikenali sebagai Liu, bagi membantu siasatan ke atas dakwaan dera di pusat jagaan kanak-kanak RYB Education, di daerah Chaoyang, dekat sini.
Pegawai di RYB Education dilapor akan memberikan kerjasama dalam siasatan polis.
RYB menguruskan 80 tadika dan mempunyai 175 lagi francais, meliputi 130 bandar dan pekan di China, sepertimana yang tertera di laman webnya.
Astro Awani
Sun Nov 26 2017

Seorang guru ditahan dalam siasatan dakwaan penderaan terhadap kanak-kanak membabitkan sebuah pusat jagaan di China. -Reuters
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Rumah Bonda gagal cabar tindakan JKM sita premis
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Rumah Bonda untuk kebenaran semakan kehakiman terhadap Tindakan Lak atau sita oleh JKM.

Guru tadika ditahan atas dakwaan dera kanak-kanak menggunakan jarum
Kes itu gempar apabila ibu bapa kanak-kanak ternampak kesan suntikan pada badan anak mereka yang dipercayai disebabkan oleh jarum.