Seorang guru silat dan anak lelakinya ditetak tiga penjenayah yang dipercayai memecah masuk stor baja berhampiran rumah, di Kampung Gelam.
Kejadian berlaku sekitar 6:10 pagi Selasa apabila Mohd Iqbal Abdul Rahman, 18, keluar dari rumah untuk ke tempat kerja.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin terus menghubungi ayahnya, Abdul Rahman Hasmin, 51, setelah melihat tiga penjenayah berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan stor.
Abdul Rahman ditetak di tempat kejadian oleh ketiga-tiga suspek yang menaiki dua buah kereta jenis Iswara merah dan Kancil warna perak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata mangsa tidak dapat mengecam suspek kerana keadaan masih gelap.
Menurut Adzaman kes akan disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan sengaja.
Abdul Rahman mengalami kecederaan parah di sebelah kanan termasuk pergelangan tangan kanan hampir putus.
Manakala anaknya mengalami kecederaan di beberapa jari kiri dan kepala, dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Astro Awani
Wed May 29 2013
AWANI Ringkas: Bantu negara jadi hebat- PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pendatang warga Bangladesh ditahan di sempadan Malaysia-Thailand
Lelaki itu ditahan setelah dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di tebing Sungai Golok.
Kejayan bersejarah rangkul Piala Dunia seperti mimpi - Natasha
Atlet berusia 28 tahun itu sangat gembira kerana kerja keras selama bertahun-tahun akhirnya berhasil.
Limpahan air Sungai Johor memburukkan situasi
Air Sungai Johor di tengah Kota Tinggi berpotensi melimpah, sekiranya hujan berterusan dan air pasang besar terjadi dalam waktu sama.
Penternak digesa kawal haiwan ternakan, elak bahayakan pengguna jalan raya
Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.
Pegawai tertinggi syarikat penyiaran direman, disyaki terlibat pengubahan wang haram
Seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita ditahan reman di Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.
Terbuka Australia: Kehadiran Jannik Sinner, motivasi terbaik buat Carlos Alcaraz
Pemenang empat kali trofi Grand Slam tenis perseorangan lelaki, Carlos Alcaraz menyifatkan persaingan dengan Jannik Sinner yang kini berada di ranking pertama dunia sebagi satu motivasi buatnya.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
DBKL arah henti serta merta, tiada lesen, ganggu lalu lintas
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival di tempat letak kereta Sama Square di Setapak, Kuala Lumpur sejak Khamis lalu dan dijadual berakhir esok, diarah dihentikan bermula hari ini.
Penduduk minta selamatkan tanah tapak pesta
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong yang diambil alih bagi mendirikan depoh projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara.
PAS tidak kecil hati digelar 'Pendekar Mustar' oleh Mat Sabu
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu berasa bangga apabila mengenakan pakaian berkenaan.
Guru silat ditetak
Seorang guru silat dan anak lelakinya ditetak tiga penjenayah yang dipercayai memecah masuk stor baja berhampiran rumah.