SHAH ALAM: Sebanyak 57 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang masih enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 walaupun telah digantung tugas berdepan risiko ditamatkan perkhidmatan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.
"Kita sudah maklumkan ini lebih awal dan menyarankan agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil langkah-langkah termasuk mengadakan konsultasi, beri amaran dan surat mengenai risiko ini (penggantungan dan penamatan perkhidmatan).
"Selepas beberapa proses, mereka ini betul-betul tegar walaupun sudah diulang beberapa kali mengenai risiko yang bakal dihadapi mereka. Kita hormati pendirian mereka tetapi untuk langkah tertentu yang membawa risiko kepada anak-anak dan guru lain di sekolah, kita tidak mahu ambil risiko," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerjasama dalam Perkongsian Data Kuantiti dan Kualiti Air antara Lembaga Urus Air Selangor dengan agensi berkepentingan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.
Menurutnya, guru-guru berkenaan telah diingatkan mengenai perkara penamatan perkhidmatan itu sejak Ogos dan September tahun lepas.
"Bagaimanapun, tindakan itu bukanlah dilakukan secara tergesa-gesa sebaliknya mengikut proses tatatertib penjawat awam," katanya.
Amirudin berkata guru KAFA yang digantung tugas berkenaan boleh kembali bertugas sekiranya mereka mematuhi arahan jabatan untuk mengambil vaksin.
Semalam, media melaporkan 57 guru KAFA di Selangor yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 dikenakan tindakan gantung tugas selama dua bulan mulai Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Menurut Amirudin, guru-guru berkenaan telah diingatkan mengenai perkara penamatan perkhidmatan itu sejak Ogos dan September tahun lepas. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Selangor pertimbang naikkan gaji pegawai di pusat khidmat masyarakat - Amirudin
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan gaji kakitangan di pusat khidmat masyarakat (PKM) di seluruh Selangor.
Ramai kanak-kanak GISB diselamatkan di Selangor ada masalah bantut, kemurungan, 'anxiety'
Hasil saringan kesihatan terhadap 266 kanak-kanak yang diselamatkan daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Selangor mendapati 26.8 peratus mempunyai masalah bantut.
Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.
Selangor dijangka muktamadkan penggunaan Akta 672 selewatnya awal 2025
Kerajaan Selangor menjangka memuktamadkan keputusan mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada akhir tahun ini atau awal 2025.
Perobohan Stadium Shah Alam capai kemajuan 45.81 peratus setakat 30 Okt
Beliau berkata peratusan itu menunjukkan kemajuan peningkatan kerja tiga hari lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan sejak stadium itu mula dirobohkan pada Julai.
Belanjawan 2025: Selangor teruskan dasar pengurangan duti hiburan
Amirudin berkata dasar mengecualikan duti hiburan secara penuh bagi artis tempatan akan diteruskan pada tahun depan.
Anggaran hasil Selangor diunjur sebanyak RM2.35 bln pada 2025 - Menteri Besar
Beliau berkata anggaran itu menunjukan peningkatan sebanyak RM150 juta daripada anggaran tahun 2024 iaitu RM2.2 billion.
Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.
Penjawat awam Selangor terima bonus dua bulan gaji
Ia bagi menghargai komitmen dan usaha yang disumbangkan penjawat awam negeri itu dalam pembangunan negeri.
Taman semikonduktor kedua akan dilancar awal tahun depan - MB Selangor
Inisiatif berkenaan terhasil daripada kerjasama erat di antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan.