SETIU: Seorang guru yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Pantai Kuala Baru, dekat sini pada Jumaat ditemukan lemas.
Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa Sugani Yasin, 51, ditemui jam 12.22 tengah malam tadi.
Katanya, mayat guru Sekolah Kebangsaan Kampung Buluh itu dikesan kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan tenggelam oleh pasukan mencari dan penyelamat.
Jelasnya, lebih 55 kekuatan daripada pelbagai agensi digerakkan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.
Terdahulu, seorang guru dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara Sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk pada Jumaat .
Mangsa dikatakan telah menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi tersebut bersama 14 rakannya yang lain kira-kira jam 9 malam.
Mangsa bagaimanapun dikatakan terpijak di laluan air yang dalam dan terus tenggelam dihanyutkan arus.
Nur Fazlizai Ali
Sun Apr 17 2022
Seorang guru yang dilaporkan hilang ketika memukat ikan di Pantai Kuala Baru, Mangkuk pada Jumaat ditemui lemas. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (02 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Larangan merokok termasuk di pejabat swasta tindakan tepat, strategik
Larangan merokok di beberapa kawasan dan premis termasuk di tempat kerja swasta yang berkuat kuasa semalam, merupakan tindakan tepat dan strategik.
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dadah dalam hutan
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir di sini susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang semalam.
Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.
AWANI Tonight 2 Jan 2025
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. KLCC LRT fire contained, no injuries
2. JPJ offers RM150 flat-rate on traffic summons
#AWANIEnglish #AWANINews
1. KLCC LRT fire contained, no injuries
2. JPJ offers RM150 flat-rate on traffic summons
#AWANIEnglish #AWANINews
Seoul berjaya peroleh fail audio dari perakam data pesawat Jeju Air
Penyiasat berjaya memperoleh fail audio daripada perakam suara kokpit (CVR) pesawat Jeju Air yang terbabit dalam nahas mengorbankan 179 nyawa minggu ini, menurut pegawai kerajaan pada Khamis.
JPJ offers RM150 flat-rate on three offences
Malaysia's Road Transport Department (JPJ) is offering a RM150 flat rate to help motorists settle three types of outstanding traffic summonses from tomorrow until June 30th.
KLCC LRT fire contained, no injuries reported
A fire at the KLCC LRT station in Kuala Lumpur was successfully contained today with no injuries, thanks to the prompt response from the Kuala Lumpur Fire and Rescue Department.
Ulama, ilmuwan dunia sokong konsep MADANI - Zulkifli Hasan
Para ulama tersohor serta ilmuwan dunia menyatakan sokongan dan optimis dengan gagasan MADANI, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.
Guru hilang ketika memukat ditemukan lemas
Mayat Sugani Yasin, 51, ditemukan jam 12.22 tengah malam tadi.