Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini kerana membuat, memiliki gambar serta video lucah dan memikat isteri orang untuk tujuan seks pada Mac lalu.
Tertuduh, Safriduwan Safar, 43, dari Bandar Jengka, Maran Pahang, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.
Beliau dituduh membuat dan memiliki 63 keping gambar dan 22 adegan video lucah yang disimpan di dalam telefon bimbit jenis Samsung dan Lenovo miliknya di rumah beralamat Lorong Pandan Makmur Dua, Kuantan pada jam 1.33 petang 1 Mac lalu.
Beliau yang bertugas di sebuah sekolah rendah di FELDA Jengka juga dituduh memiliki gambar dan video lucah itu di dalam telefon bimbitnya pada 17 Mac lalu jam 6.21 petang.
Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Safriduwan yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak juga dituduh memikat seorang penjawat awam yang diketahui adalah isteri orang bagi tujuan melakukan persetubuhan yang ditegah.
Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Hakim Siti Aminah menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin bercagar.
Siti Aminah turut memutuskan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mengganggu mangsa yang merupakan isteri orang atau membuat apa-apa sebaran gambar sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Astro Awani
Fri Jul 07 2017
Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, hari ini kerana membuat, memiliki gambar serta video lucah dan memikat isteri orang untuk tujuan seks pada Mac lalu. - Astro AWANI
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
Ahmad Zahid hadir Program Felda Berselawat
Timbalan Perdana Menteri menyertai lebih 1,500 pengunjung dalam Program Felda Berselawat di MAEPS, malam tadi.
Pendapatan Felda meningkat tiga peratus kepada RM186 juta pada suku pertama 2024
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM186 juta pada suku pertama 2024 atau meningkat tiga peratus berbanding suku pertama 2023.
Aidiladha: Perdana Menteri sumbang 35 ekor lembu kepada 11 wilayah Felda
Program korban merupakan satu daripada tumpuan diberi perhatian oleh Anwar bagi memberi peluang kepada peneroka mendapat manfaat daripadanya.
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
Kanak-kanak 3 tahun maut dihempap pokok kelapa
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dihempap pokok kelapa di belakang rumah keluarganya di Felda Jengka 6 di sini pada Sabtu.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.