KEMAMAN:Seorang guru agama dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
Hukuman itu diputuskan hakim Mahkamah Sesyen Kemaman, Azman Mustapha terhadap Mohd Khairul Izzul Anang, 33 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang bentuk keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan.
Selain itu, tertuduh turut diperintahkan menjalani sesi kaunseling dalam tempoh tahanan serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Tertuduh yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai dua orang anak didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa di sebuah rumah, di Kemaman.
Perbuatan itu dilakukan di rumahnya pada 2 Februari 2018 antara pukul 2.30 petang hingga 5 petang.
Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan peguambela, Akmal Wahidah Abd Halim untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan selesai didengar di Mahkamah Tinggi dengan bayaran ikat jamin sebanyak RM10,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizuddin Manjur Ahmad.
Terdahulu, mangsa yang dihantar ke rumah tertuduh untuk mengikuti kelas pengajian Al-Quran mengadu mengenai kejadian tersebut kepada ibunya yang menjemputnya pulang.
Astro Awani
Wed Jan 20 2021

Seorang guru agama dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun rotan kanak-kanak lelaki, tekan dada guna lutut
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.

Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.

Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.

'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan.

Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.

Guru agama diperintah bela diri atas tuduhan lakukan amang seksual kepada pelajar
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.

Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.