Ringkasan AI
- Muhammad Barur Rahim Hisam, seorang guru agama, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya tiga kanak-kanak lelaki.
- Tertuduh mengaku bersalah atas empat pertuduhan, termasuk merotan dan menekan dada mangsa menggunakan lututnya di dua sekolah yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd.
- Mahkamah juga memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan cagaran RM10,000, dan jika gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.
"Saya mengaku bersalah puan," kata tertuduh sambil menundukkan kepala ketika ditanya jurubahasa mahkamah berhubung pengakuannya.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi pertuduhan pertama dan kedua manakala penjara tiga tahun bagi pertuduhan ketiga dan keempat serta memerintahkan hukuman penjara itu berjalan secara berasingan menjadikan kesemuanya berjumlah 10 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM10,000 dan sekiranya gagal mematuhi bon, boleh dipenjara enam bulan.