Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka, menyebabkan penerbangan AirAsia Indonesia dari Pulau Pinang ke Jakarta tertangguh dua jam, semalam.
Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.
Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Anuar Omar.
Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.
"Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung.
"Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kawan dan Wahyuningsih didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10(3) Akta Penerbangan Awam.
Mereka mengaku bersalah dan Kawan didenda RM1,000. Polis merampas pasport dan semua barangan mereka untuk siasatan lanjut, kata Anuar.
"Kami mahu orang ramai tahu, melakukan ugutan bom di lapangan terbang, terutama dalam penerbangan, adalah kesalahan serius memandangkan kita kini menghadapi banyak ancaman, terutama daripada kumpulan pengganas seperti IS (Daish)," katanya.
Anuar berkata ia merupakan ugutan bom ketiga di lapangan terbang tahun ini, dan semua kesalahan itu dilakukan warga Indonesia.
Bernama
Fri Jul 22 2016
![Gurauan bawa 'bom' oleh pasangan Indonesia, penerbangan tertunda dua jam Gurauan bawa 'bom' oleh pasangan Indonesia, penerbangan tertunda dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449934363_WOMENHANDCUFF.jpg)
Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan. - Gambar fail
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635915618_economylaptop.jpg)
Kerajaan komited kekal trajektori konsolidasi fiskal - Kementerian Kewangan
Menurut MOF, defisit fiskal pada 2024 diunjur untuk terus berkurang kepada 4.3 peratus KDNK iaitu RM85.4 bilion.
Negara jimat RM10.5 bilion pelan tindakan kecekapan tenaga
Sehingga kini Negara berjaya melakukan Penjimatan tenaga kumulatif dalam tempoh pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara (NEEAP) sebanyak 39,382 Gigawatt jam (GWj) bersamaan dengan RM10.5 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata Sehingga Disember 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang telah dicapai adalah sebanyak 5.9 peratus atau 8,667 GWj yang bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
Peralihan tenaga, pelaburan hijau tingkat daya saing - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik amat perlu bagi mengangkat imej, reputasi dan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan hijau pilihan.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
Beliau berkata usaha ke atas pelan tindakan ini berkemampuan meningkatkan kedudukan daya saing negara.
![E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616250988_PKS.jpg)
E-invois dibimbangi tekan pengusaha PKS
Isu yang timbul ialah pengetahuan dan kos tinggi yang diperlukan untuk melaksanakannya, termasuk kos latihan dan penambahbaikan sistem dan perisian.
Parlimen: Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan hari ini
Cadangan kemasukan tenaga pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura ke negara ini antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kekejaman Zionis: Hamas, Fatah jumpa di China Julai ini
Kumpulan Hamas dan Fatah akan mengadakan rundingan perpaduan di China pada Julai ini, sebagai usaha untuk menyelesaikan perpecahan dalaman antara kedua-duanya.
Jerman, Perancis gesa siasat serangan di sekolah Abu Araban
Perancis dan Jerman menggesa agar siasatan menyeluruh dijalankan susulan 15 orang terbunuh dalam serangan terhadap sekolah di kem Nuseirat, pada Ahad lepas.
![Gurauan bawa 'bom' oleh pasangan Indonesia, penerbangan tertunda dua jam Gurauan bawa 'bom' oleh pasangan Indonesia, penerbangan tertunda dua jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/71449934363_WOMENHANDCUFF.jpg)
Gurauan bawa 'bom' oleh pasangan Indonesia, penerbangan tertunda dua jam
Pasangan suami isteri warga Indonesia yang bergurau kononnya mempunyai bom di dalam bagasi kabin mereka, terpaksa membayar denda atas tindakan bodoh mereka semalam.