Menggunakan terma Islamik serta menyamar sebagai ustaz merupakan antara taktik penipuan skim pelaburan cepat kaya, yang berjaya memperdaya orang ramai menyertai skim tersebut.
Perunding Kewangan Shamsuddin Kadir berkata kebanyakan individu yang terpedaya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional, berpendidikan tinggi, pesara kerajaan dan swasta serta golongan muda.
"Bila mereka (syarikat skim cepat kaya) menggunakan terma Islamik, seperti menggunakan perkataan hibah, memang orang mudah terpengaruh.
"Individu juga mudah percaya bila mereka kata pelaburan yang dibuat adalah untuk saham akhirat seperti bina hotel di Mekah dan menggelarkan diri mereka ustaz, sedangkan perkara itu tidak ada kesahihannya.
"Modus operandi ini menyebabkan ada antara individu sanggup mengeluarkan kesemua duit simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan duit pencen mereka," katanya ketika ditemui Bernama selepas sesi Bengkel Kewangan Islam 'Bersara, Berharta dan Berjaya' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini pada Khamis.
Shamsuddin berkata kebanyakan syarikat skim cepat kaya juga menggunakan golongan terkenal seperti artis untuk meyakinkan orang ramai membuat pelaburan.
"Ada antara mereka yang menggunakan kenderaan mewah bila berjumpa orang ramai. Sedangkan kita tidak tahu kereta itu mereka sewa atau kereta orang lain.
"Kebanyakan individu hanya menyedari mereka menjadi mangsa penipuan, selepas tidak mendapat kembali pulangan besar dijanjikan syarikat tersebut," katanya.
Berkongsi pengalaman selama 19 tahun sebagai perunding kewangan, Shamsuddin berkata sikap tamak dan ingin cepat kaya juga merupakan antara faktor ramai individu menjadi mangsa penipuan.
"Selain itu, kurang ilmu mengenai pelaburan juga menyebabkan ada individu yang menjadi mangsa. Apa yang malangnya, mereka yang ditipu ini juga terdiri daripada mereka yang berpendidikan tinggi dan berpangkat besar.
"Ada antara kes yang mana seorang golongan elit hangus hingga dua juta ringgit kerana terpedaya dengan skim cepat kaya ini. Ada juga pensyarah yang tertipu, semuanya kerana kurang ilmu mengenai pelaburan," katanya.
Shamsuddin berkata orang ramai seharusnya memeriksa secara terperinci mengenai latar belakang sesebuah syarikat sebelum melakukan pelaburan.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu, hanya organisasi yang mempunyai lesen dari Bank Negara sahaja yang layak menjalankan bisnes pelaburan. Orang ramai perlu periksa dahulu sama ada organisasi itu berdaftar dengan Bank Negara atau tidak sebelum melakukan pelaburan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2019
Shamsuddin berkata kebanyakan syarikat skim cepat kaya juga menggunakan golongan terkenal seperti artis untuk meyakinkan orang ramai membuat pelaburan. - Gambar hiasan
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
ABM perkukuh komitmen tangani jenayah 'scam'
Amina berkata langkah pencegahan telah lama dijalankan, dan ABM kini memperkukuhkan kerjasama dengan bank-bank bagi menghentikan kegiatan ini.
Pelanggan digesa terus berwaspada terhadap penipuan digital - ABM
ABM memberi amaran bahawa penipu biasanya menggunakan taktik 'kejuruteraan sosial' untuk memanipulasi pengguna.
Bank-bank Vietnam tidak lagi sesak dengan pembeli emas selepas pendaftaran dalam talian dibuka
Beberapa bank sudah membenarkan pendaftaran pembelian emas berjenama Saigon Jewelry Company Limited (SJC) di laman sesawang mereka.
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.