KUCHING: Kaedah perolehan secara tender prakelayakan merupakan antara langkah yang diambil bagi pemilihan kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dalam usaha mempercepatkan pembinaan lebuh raya itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata beliau telah mencadangkan pengunaan kaedah berkenaan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya bagi menyegerakan pembinaan lebuh raya yang melibatkan jarak keseluruhan 1,492 kilometer.
Beliau yang juga penyelaras bagi projek mega berkenaan berkata dengan melaksanakan tender secara prakelayakan, ia dapat memastikan kontraktor yang dilantik adalah diyakini, sekali gus tidak menjejaskan proses pembinaan lebuh raya itu.
"Sebab kadar perolehan kalau kita buat secara tender terbuka, ia akan mengambil masa lama terutamanya kalau tender itu masuk banyak, jadi saya telah cadangkan prequalified tender. Maknanya tender akan dibuka dengan meletakkan syarat.
"Kontraktor yang memenuhi kritera akan dikenal pasti dan sesiapa yang layak nanti baru akan dipanggil memasuki tender yang sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Karnival Sara Hidup peringkat Sarawak di Dewan Hikmah di sini, hari ini.
Fadillah berkata demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini sempena Hari Malaysia 2023 semalam, yang menugaskan timbalan perdana menteri itu untuk menyegerakan pembinaan LPB daripada jangkaan tempoh yang telah ditetapkan.
Pada 20 Ogos, media melaporkan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Fasa 1 Projek LPB Sabah yang melibatkan 15 pakej kerja, kini pada tahap 82 peratus pembinaan dan dijadual siap sepenuhnya pada Januari 2025.
Fasa 1 Projek LPB Sarawak pula melibatkan 11 pakej kerja, dengan hampir 98 peratus siap dan dijadulkan siap tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 17 2023

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof merasmikan Jualan Rahmah Bergerak pada penganjuran Karnival Sara Hidup di pekarangan Dewan Hikmah hari ini. - Foto Bernama
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Guna kaedah tender prakelayakan bagi segerakan pembinaan LPB - Fadillah
Kaedah perolehan secara tender prakelayakan merupakan antara langkah yang diambil bagi pemilihan kontraktor untuk projek Lebuhraya Pan Borneo.