SHAH ALAM: Seorang kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang didenda RM17,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan invois palsu sebuah syarikat sebagai tulen, lima tahun lepas.
Hakim Datuk Anita Harun menjatuhkan hukuman itu selepas Mohd Zamadi Mohd Zain, 43, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Ekonomi PPK Klang, menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes tersebut.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan curang telah menggunakan invois palsu sebuah syarikat berjumlah RM17,000 sebagai tulen di Pejabat PPK Klang dekat sini pada 15 Jan 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya.
Mohd Zamadi membayar denda itu.
Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Ainul Azwan @ Ainul Azirahman memohon hukuman berbentuk denda yang minimum dengan alasan itu kesalahan pertama anak guamnya selain Mohd Zamadi menghidap sakit jantung.
"Pengakuan salah tertuduh telah menjimatkan masa dan kos mahkamah, anak guam saya juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan serupa, selain tertuduh menanggung isteri, anak, ibu serta dua adik perempuan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Irna Julieza Maaras memohon hukuman yang berat supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan teladan kepada masyarakat.
"Walaupun tertuduh telah mengembalikan RM17,000 itu, tindakan tertuduh ini telah mencemarkan nama serta imej baik PPK Klang. Seharusnya tertuduh memikul tanggungjawab itu dengan telus dan bukan untuk kepentingan diri sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Mohd Zamadi didenda RM17,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu menggunakan invois palsu sebuah syarikat sebagai tulen, lima tahun lepas. - Foto Bernama
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Guna invois palsu: Penolong pegawai PPK Klang didenda RM17,000
Seorang kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Klang didenda RM17,000 atau penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah menggunakan invois palsu.