KLANG: Duit hasil samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini, digunakan suspek untuk membeli arak dan makanan sebelum berjaya diberkas pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lelaki yang mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang.
"Polis telah merampas pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian dan suspek mengaku terlibat secara individu dalam kes terbabit.
"Soal siasat suspek berusia 45 tahun mendakwa selepas kejadian samun itu, dia telah menggunakan duit hasil jenayahnya itu untuk membeli makanan dan arak selama dua hari," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, permohonan reman suspek akan dibuat ada Rabu di Mahkamah Klang.
Dalam kejadian pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek.
Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa.
Kerugian dianggarkan berjumlah RM235.15 dan kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 19 2022
Suspek lelaki yang melakukan samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang berjaya diberkas pada Selasa. Gambar kecil: Hoong Fong
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Guna duit samun beli arak, makanan
Lelaki yang mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang.
Lelaki keluar mendaki ketika PKP ditemui meninggal dunia
Seorang lelaki yang keluar mendaki di Bukit Cherok Tokun di Bukit Mertajam semasa Perintah Kawalan Pergerakan ditemui meninggal dunia pada pagi Ahad.
Lelaki ditahan kerana cederakan seorang lelaki selepas cermin sisi kereta dilanggar
Kejadian pada 11 malam itu berlaku disebabkan rasa tidak puas hati lelaki yang berumur 43 tahun itu, kerana cermin sisi keretanya dilanggar oleh mangsa yang berumur 44 tahun.
Bekalan air di wilayah Klang pulih 99 peratus
Pemulihan bekalan air di wilayah Klang mencapai tahap 99 peratus setakat pukul 6.00 petang ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Jurujual telefon bimbit cedera, ditembak dari jarak dekat
Seorang jurujual telefon bimbit cedera ditembak ketika sedang memandu di Taman Sentosa Bukit Mertajam kira- kira jam 11.15 pagi tadi.