IPOH: Dua peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi maklumat palsu dalam kad pengenalan pada 2015.
Tertuduh, Mohamad Halmi Warajemini, 55 tahun, dan Affendy Abdul Aziz, 49 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa memberi maklumat palsu dalam material kad pengenalan bahawa alamat penuh tempat kediaman mereka di Malaysia adalah Kediaman Diraja Istana Kinta, di Ipoh, yang mereka tahu bahawa maklumat tersebut adalah palsu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara UTC Perak di Aras 4, Pasar Besar Ipoh, Jalan Dato’ Onn Jaafar, di sini, pada 26 Okt 2015.
Kesalahan didakwa dilakukan di bawah Sub-peraturan 25(1)(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksima tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Sally Chay menawarkan jaminan RM10,000 kepada kedua-dua tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius dan kedua-dua mereka tidak mempunyai kediaman tetap di Perak.
Peguam Mohamad Salihen Mastor bagaimanapun memohon jaminan dikurangkan kerana Mohamad Halmi yang tinggal di Johor Bahru berniaga kecil-kecilan, tidak mempunyai pendapatan tetap, di samping menanggung isteri dan dua anak.
Menurutnya, Affendy yang tinggal di Subang Jaya juga tidak mempunyai pendapatan tetap hasil perniagaan produk kesihatan, di samping mempunyai seorang isteri dan 10 anak.
Mahkamah kemudiannya membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM6,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Di samping itu, Mohamad Halmi dikehendaki melaporkan diri sebulan sekali di Balai Polis Kempas manakala Affendy di Balai Polis Subang Jaya.
Mahkamah turut menetapkan 8 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Oct 21 2021
Mohamad Halmi (kiri) dan Affendy (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini. - Astro AWANI
Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin
Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Trump bincang hubungan dengan Presiden China Xi melalui telefon
"Presiden Xi dan saya akan melakukan segala yang mungkin untuk menjadikan dunia lebih aman dan selamat!"kata Trump.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Januari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
ASEAN 2025: Kepengerusian Malaysia bermula dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM
Ketidakpastian selubungi perjanjian gencatan senjata di Gaza
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Kabinet Israel lulus perjanjian gencatan senjata
Laporan media menyatakan 24 menteri dalam kerajaan gabungan Netanyahu menyokong perjanjian itu, manakala lapan lagi menolaknya.
Bekas PM Kemboja Hun Sen jamin beri sokongan diplomatik untuk AIPA ke-46 di Kuala Lumpur
Johari Abdul yang sedang dalam misi diplomatik dua hari ke Kemboja mengadakan perbincangan pada Jumaat dengan Hun Sen.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Lawatan pertama PM ke negara tersebut diadakan bagi mengukuh hubungan Malaysia dengan Belgium dan Kesatuan Eropah (EU).
Perkembangan banjir di lima negeri yang masih terjejas
Jumlah Mangsa banjir di lima negeri mencatatkan seramai 806 mangsa daripada 152 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Sabtu.
Kastam rampas tembakau, beras dan dadah seludup bernilai lebih RM3 juta
JKDM melumpuhkan dua kegiatan penyeludupan membabitkan produk tembakau, beras dan bijirin serta pil ekstasi dengan nilai keseluruhan lebih RM3 juta.
Guna alamat Istana Kinta: Dua individu mengaku tidak salah
Mereka didakwa memberi maklumat palsu mengaku alamat penuh tempat kediaman mereka di Malaysia adalah Kediaman Diraja Istana Kinta.
Langkah ke arah membanteras alamat palsu dalam daftar pemilih - SPR
Ia antara lain dapat membantu pihaknya membanteras amalan menggunakan alamat palsu atau alamat pihak ketiga untuk mendaftar sebagai pemilih dan mengeluarkan daftar pemilih yang tepat dan diyakini.