RAWANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas barang kosmetik bernilai RM25,946 disyaki tiruan hasil serbuan sebuah gudang dan rumah di sini, baru-baru ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Selangor, Mohd Khairi Jamaludin berkata, serbuan bermula kira-kira jam 3 petang bersama wakil cap dagang pada 4 Julai lalu telah menuju ke lokasi pertama iaitu sebuah gudang simpanan pelbagai jenis barang di Bukit Rawang Jaya.
Katanya, KPDN Selangor telah berjumpa dengan seorang pekerja premis terbabit sebelum pemeriksaan dibuat.
"Pemeriksaan menemui 13 unit barang kosmetik disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM403 sebelum keterangan pekerja terbabit direkodkan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Tambah Mohd Khairi, pada hari sama, pasukan operasi seterusnya bergerak ke lokasi kedua iaitu sebuah rumah di Taman Scientex Rawang.
Katanya, selepas menerangkan tujuan kehadiran kepada seorang lelaki yang juga pekerja di kediaman terbabit, KPDN Selangor telah merampas 700 unit barang kosmetik disyaki tiruan bernilai RM25,543.
"Siasatan mendapati rumah kediaman itu dijadikan tempat mengumpul, menyimpan dan menghantar pelbagai barangan yang dibeli oleh pembeli," ujarnya.
Jelasnya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Stor Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Raja, Selangor.
Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 19 2024

KPDN serbu sebuah rumah di Rawang dan merampas barang kosmetik disyaki tiruan, 4 Julai lalu. - Foto Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Gudang, rumah simpan barang kosmetik tiruan diserbu
Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Stor Penyimpanan Eksibit KPDN di Bukit Raja, Selangor.