GUA MUSANG: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli menjadi lokasi berisiko diserang penyakit demam malaria akibat gigitan nyamuk tiruk.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi itu berpandukan kepada peningkatan 84 peratus kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
"Tahun ini sebanyak 215 kes malaria dicatatkan berbanding 2022 hanya 117 kes dan 80 peratus jangkitan berlaku di Gua Musang.
"Sebanyak 53 kes adalah melibatkan jangkitan malaria manusia dan 163 kes pula malaria zoonotik," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.
Sebelum itu beliau merasmikan Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kelantan di dewan serbaguna Ladang Sungai Terah, di sini.
Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo.
Menurut beliau, berlaku peningkatan mendadak kes import malaria manusia di negeri ini sehingga minggu epid ke 37 apabila 53 kes direkodkan berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu hanya 21 kes.
Ujarnya, demam malaria ini bukan sahaja melibatkan warga asing tetapi turut berisiko kepada penduduk tempatan.
Dr Zaini memberitahu, pada masa sama Orang Asli turut tidak terlepas daripada berisiko namun tidak ramai walaupun ada mencatatkan sejumlah kes.
"Bagi mengatasinya JKNK dan rakan strategik yang lain telah mengorak langkah dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan malaria dengan memperkasakan promosi kesihatan terutama mengenai malaria zoonotik.
"Kepada pengurus ladang pula, kami sangat mengalu-alukan kerjasama daripada mereka untuk memaklumkan kepada pihak JKNK sekiranya ada pekerja baharu atau yang mengalami demam untuk disaring malaria," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi itu berpandukan kepada peningkatan 84 peratus kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli berisiko demam malaria
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli menjadi lokasi berisiko diserang penyakit demam malaria akibat gigitan nyamuk tiruk.
Waspada peningkatan malaria
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada serta berhati-hati dengan peningkatan kes demam malaria di negeri itu kebelakangan ini.
Penumpang meninggal dunia dalam pesawat dipercayai akibat malaria
Seorang lelaki berusia 42 tahun meninggal dunia ketika menaiki pesawat Air India dalam perjalanan dari Lagos, Nigeria menuju ke Mumbai, India.