Kerajaan boleh mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung dan memudahkan sistem cukai dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
GST akan mula dilaksanakan berkuat kuasa 1 April, 2015.
Beliau berkata hasil daripada GST, yang akan meningkatkan secara berterusan dalam beberapa tahun seterusnya, membawa pendapatan tambahan kepada kerajaan setelah ekonomi berkembang ke arah tahun 2020 apabila negara mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi.
"Sebab utama mengapa kita memerlukan pendapatan ini ialah kita mahu mengurangkan pergantungan Perbendaharaan terhadap cukai langsung, dan yang termasuk cukai pendapatan individu dan korporat.
"Kita telah memulakan proses, di mana cukai pendapatan individu dan korporat diturunkan secara beransur-ansur sejak beberapa tahun ini, masing-masing daripada 30 peratus dan 40 peratus kepada 26 peratus dan 25 peratus. Manakala bagi PKS, diturunkan kepada 20 peratus," kata menteri itu.
Semasa menyampaikan ucaptama pada Persidangan GST Kebangsaan 2014, di sini hari ini, Ahmad Husni berkata langkah itu akan meningkatkan pelaburan di seluruh negara serta penggunaan domestik dalam ekonomi berikutan kurang beban cukai langsung.
Beliau berkata kesan strategik adalah bagi Malaysia, dari segi peratusan, akan kurang bergantung kepada sektor luar, iaitu eksport.
"GST, dengan kadar enam peratus, memberi kerajaan peluang untuk memudahkan sistem cukai kepada hanya satu daripada dua kadar cukai dan yang berbeza, di samping menggalakkan pematuhan dan mengurangkan kos pentadbiran dan perniagaan, kata beliau.
"Sektor swasta merupakan penyumbang penting kepada pertumbuhan ekonomi kita. Satu regim cukai yang cekap perlu disediakan untuk mereka. Rejim cukai yang sukar dikawal mahal untuk diurus dan ditadbir," katanya.
Ahmad Husni turut menyatakan kebimbangan bahawa tanpa pendapatan tambahan kerajaan tidak akan mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk mendidik komuniti perniagaan dalam semua sektor ekonomi untuk meningkat melalui rantaian nilai.
Beliau berkata pada masa ini, kerajaan sedang meningkatkan usaha untuk menggalakkan penggabungan nilai yang lebih tinggi kepada sektor berasaskan eksport terutamanya pembuatan, untuk mendapatkan harga jualan yang lebih tinggi dengan menggabungkan nilai yang lebih kepada barangan pembuatan, katanya.
"Kerajaan bagaimanapun, memerlukan wang untuk membangunkan dan menggalakkan penggunaan reka bentuk perindustrian, bukan sahaja di institusi pengajian tinggi tetapi juga di peringkat industri.
"Bagi menggalakkan pembangunan apa sahaja, Perbendaharaan akan sentiasa memperkenalkan insentif cukai, biasanya dalam bentuk pengecualian cukai, pelepasan cukai atau malah geran langsung. Setiap insentif ini melibatkan kos.
"Bagi setiap ringgit yang Perbendaharaan kecualikan, ia merupakan wang yang dibelanjakan. Insentif cukai tidak menghasilkan aliran tunai segera tetapi pada akhirnya, ditanggung Perbendaharaan," kata Ahmad Husni.
Persidangan GST Kebangsaan 2014 dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Tax Advisory and Management Services Sdn Bhd (TAMS).
Bernama
Thu Jul 10 2014
![GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359451927_295x200.jpg)
GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Gambar fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![78 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan persaraan minimum - Husni 78 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan persaraan minimum - Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467089440_AhmadHusniHanadzla.jpg)
78 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan persaraan minimum - Husni
Kerajaan perlu mengambil langkah untuk membantu, khususnya golongan ini, bagi membolehkan mereka menampung kehidupan selepas bersara.
![Najib perlu gantung tugas Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin Najib perlu gantung tugas Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71424080280_295x200.jpg)
Najib perlu gantung tugas Lembaga Pengarah 1MDB - Khairuddin
Satu siasatan dan audit forensik bebas secara menyeluruh perlu dilakukan ke atas akaun 1MDB perlu dilaksanakan secara bebas tanpa sebarang bentuk pengaruh dari mana mana pihak.
![Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-02/71424080280_295x200.jpg)
Ahmad Husni, tolong diam kalau tidak faham isu 1MDB - Khairuddin
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah disifatkan masih tidak faham persoalan rakyat terhadap urus tadbir 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang didakwa amat tidak telus.
![1MDB beroperasi seiring matlamatnya - Ahmad Husni 1MDB beroperasi seiring matlamatnya - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359451927_295x200.jpg)
1MDB beroperasi seiring matlamatnya - Ahmad Husni
1Malaysia Development Bhd (1MDB) beroperasi seiring dengan matlamatnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
![GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/61359451927_295x200.jpg)
GST kurangkan pergantungan kepada cukai langsung - Ahmad Husni
Kerajaan boleh mengurangkan pergantungan kepada cukai langsung dan memudahkan sistem cukai dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).