Pertambahan hasil daripada perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan membolehkan kerajaan menimbang pelbagai permintaan termasuk kenaikan elaun penjawat awam, kata perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan memerlukan hasil tambahan baharu bagi memenuhi permintaan tersebut dan sistem GST yang lebih telus serta efisyen dilihat dapat membantumenambah hasil kerajaan.

“Kalau presiden CEUPACS (Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam) mahu meminta tambahan elaun dan sebagainya, saya sebagai menterikewangan perlu cari hasil tambahan, barulah boleh saya pertimbangkan,” katanya

Menurut Najib, negara tidak boleh melakukan pinjaman daripada institusi kewangan seperti Bank Dunia untuk membayar gaji atau elaun kerana ia meruapakan ‘resepi’ untuk bencana ekonomi.

Kata perdana menteri, rasional perlaksanaan GST perlu difahami masyarakat di setiap peringkat sebagai suatu sistem yang mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat.

Nnajib turut menegaskan perlaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat tetapi untuk memperkukuhkan hasil negara yang kemudian akan diagihkan kembali kepada rakyat.

“Bukan semua barang akan naik dan bukan semua perkhidmatan akan naik (disebabkan oleh GST). Banyak barangan perkhidmatan asas akan dikecualikan daripada GST dan inilah yang patut kita faham,” katanya.
GSTdiumumkan perdana menteri semasa pembentangan Bajet 2014 di parlimen Oktober tahun lepas yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015, menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.
Sistem cukai baharu ini menetapkan enam peratus kadar cukai berbanding cukai jualan dan perkhidmatan yang berjumlah 16 peratus.

Sementara itu, mengulas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikhuatiri Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bakal memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan warga pekerja, Najib berkata, “Negara yang menyertai TPPA mempunyai kelebihan tertentu terutamanya dalam perkara melibatkan pelaburan dan pasaran.”

Menurutnya, Malaysia tidak memiliki pasaran domestik yang besar seperti Indonesia atau China yang menyebabkan kebergantungan kepada pasaran dunia.

“Sekiranya kita kehilangan daya saing, jumlahpelaburan dalam negara akan merudum dan akhirnya tidak berjaya menambahpekerjaan atau menaikkan kualiti pekerjaan ke peringkat lebih tinggi lagi,” tambah beliau.

Namun, perdana menteri berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat serta tidak, akan membuat keputusan sehingga mengorbankan kepentingan negara.