KUALA NERUS: Grafik kawah laut yang tular di media sosial susulan kes lemas di Pantai Batu Buruk, dekat sini, Isnin lalu, adalah tidak tepat dan berbeza daripada situasi sebenar.
Pensyarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Effi Helmy Ariffin berkata apa yang berlaku di pantai berkenaan sebaliknya ialah wujudnya beberapa bahagian dasar laut yang dalam dipengaruhi oleh faktor ombak, arus dan fenomena pasang surut.
Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan kawah laut atau 'Seabed Crater' yang terhasil disebabkan oleh pelbagai proses termasuk impak dari angkasa, aktiviti gunung berapi, runtuhan dan aliran lumpur dasar laut.
Katanya, dasar laut dalam boleh terjadi di mana-mana kawasan apabila wujudnya beting pasir iaitu pasir atau sedimen yang terbenam atau separa terdedah dibentuk oleh ombak serta arus berhampiran pantai.
"Formasi beting pasir juga berbeza daripada segi saiz iaitu hanya beberapa sentimeter hingga struktur setinggi enam meter. Ia banyak terbentuk ketika hakisan pantai dan membawa pasir ke dalam laut sehingga terjadinya beting pasir ribut.
"Beting pasir ini boleh kelihatan di kawasan pecahnya ombak iaitu berdekatan garisan pantai. Namun, di Pantai Batu Buruk terdapat kawasan yang ada beting pasir terbentuk dan juga yang tidak mempunyai beting pasir iaitu kawasan lebih dalam," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Effi berkata keadaan itu menyebabkan berlaku kekeliruan antara kawasan dasar laut yang dalam dengan kawah laut.
Menurutnya, tidak dinafikan kawah laut boleh terbentuk oleh pusaran arus air yang kuat tetapi fenomena itu jarang berlaku di Malaysia kerana suhu air laut dan udara adalah tidak terlalu berbeza yang boleh membentuk pusaran seperti puting beliung di darat.
"Kawasan dasar laut yang dalam boleh dilihat dengan jelas ketika air surut dengan pandangan daripada atas.
"Bagaimanapun, keadaan dasar laut akan kembali kepada bentuk asal selepas tamatnya musim tengkujuh iaitu apabila air laut mulai tenang," katanya.-- LAGI
Dalam pada itu, Effi berkata pendidikan ilmu keselamatan di air dalam kalangan orang ramai perlu diberi penekanan dan tidak hanya sekadar meletakkan papan tanda amaran di sekitar kawasan pantai.
Mengambil contoh kes lemas di Pantai Batu Buruk itu, beliau berkata pendedahan masyarakat terhadap ilmu pembentukan arus kurau amat perlu kerana ia sudah meragut banyak nyawa.
"Di luar negara ilmu keselamatan di air sangat dititiberatkan seperti situasi apabila berdepan arus kurau.
"Ilmu kelautan dan keselamatan air perlu dipupuk dari peringkat sekolah lagi. Dengan itu pelajar dapat mengetahui proses dinamik kawasan pantai dan menentukan sama ada pantai itu sesuai untuk mandi-manda atau aktiviti lain," katanya.
Pada 19 Feb lepas, seorang lelaki dari Kuala Lumpur ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika beriadah bersama keluarga di Pantai Batu Buruk.
Susulan kejadian itu, tular di media sosial pelbagai gambar dan ulasan yang mengaitkan kejadian tersebut dengan kawah laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 24 2024
![Grafik kawah laut di Pantai Batu Buruk tidak tepat, mengelirukan - Pakar Grafik kawah laut di Pantai Batu Buruk tidak tepat, mengelirukan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708767551_kawahlaut.jpg)
Gambar grafik kawah laut yang tular di media sosial. - Gambar/ Media sosial
![Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718092295_tbLimHuiYing.jpg)
Pasaran modal perlu perluas pembangunan bakat untuk sokong pengembangan industri - Lim
Pembangunan kemahiran dan kapasiti adalah penting bagi membina asas kukuh dan memperoleh keupayaan untuk mengubah pengetahuan kepada pertumbuhan.
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
![SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708317344_PantaiBatuBuruk.jpg)
SAR lelaki lemas guna bantuan anjing pengesan
Dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.
![Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708245399_TBLEMASPANTAIBATUBUR.jpg)
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk
Kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk di sini bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dikhuatiri pagi tadi.
![COVID-19: Menjaga kebersihan pantai sebagai norma baharu kehidupan COVID-19: Menjaga kebersihan pantai sebagai norma baharu kehidupan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71591763156_KeadaandiPantaiC.jpg)
COVID-19: Menjaga kebersihan pantai sebagai norma baharu kehidupan
Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan tarikan alam semulajadi dan sering menjadi destinasi pilihan bagi pelancong tempatan dan juga asing.
![Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/51527995857_CARFOODSAHUR.jpg)
Car Food Sahur di Pantai Batu Buruk tarik ramai pengunjung
Aril Arif Abd Razak berkata acara yang berkonsepkan bersahur secara santai dan membuat kebajikan di kawasan pantai peranginan itu kali ini berjaya menarik kira-kira 200 pengunjung setiap malam.
![Iran juarai Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC Iran juarai Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/81489247086_Iraq.jpg)
Iran juarai Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC
Pasukan Iran mengekalkan kejuaraan dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC 2017 apabila mengalahkan Emiriah Arab Bersatu 7-2 dalam saingan akhir.
![Bola Sepak Pantai AFC: Iran aibkan Malaysia 14-0 Bola Sepak Pantai AFC: Iran aibkan Malaysia 14-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51488708954_IranMalaysia.jpg)
Bola Sepak Pantai AFC: Iran aibkan Malaysia 14-0
Malaysia mengalami kekalahan kedua dalam Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC selepas dimalukan Iran 0-14 di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.
![Pelancong lemas di pantai Batu Buruk Pelancong lemas di pantai Batu Buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/41449904829_DROWNING.jpg)
Pelancong lemas di pantai Batu Buruk
Seorang lelaki warga tempatan lemas manakala rakan wanitanya selamat selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di gigi air di Pantai Batu Buruk.