Pencapaian akademik mantap dan keberanian seorang pemuda menyelamatkannya ayah yang lumpuh dalam kejadian kebakaran di rumah mereka pada Ogos lepas melayakkannya dipilih untuk Anugerah Khas Tuah pada majlis Konvokesyen Ke-15 Universiti Teknikal Malaysia (UTeM).
Amirul Zarith Zamri, 24, dari Maran, Pahang menerima anugerah istimewa universiti itu yang diwujudkan buat pertama kali bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang mempunyai semua ciri-ciri definisi Tuah iaitu Tangkas, Unggul, Adaptif, Holistik.
Beliau yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan Kepujian (Inovasi Teknologi) mencatatkan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.23 turut dipilih berdasarkan atas semangat kesukarelawan tinggi serta menonjolkan kepimpinan dan keberanian yang jitu.
"Terima kasih juga atas keprihatinan pihak UTeM atas penghargaan itu selain banyak membantu kami selepas kejadian tersebut selain itu saya bersyukur dapat membuatkan ibu dan ayah berasa bangga.
"Apa yang penting juga ialah setiap perkara yang kita lakukan adalah mengutamakan ibu dan ayah selain memberikan terbaik untuk mereka demi doa dan restu," katanya kepada pemberita selepas majlis konvokesyen itu di Dewan Canselor, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal di sini, pada Isnin.
Pada majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang juga Canselor UTeM, seramai 2,993 graduan menerima skrol masing-masing dengan 21 ijazah doktor falsafah, seorang penerima ijazah doktor kejuruteraan, 240 ijazah sarjana dan 2,245 ijazah sarjana muda serta 486 diploma.
Amirul anak keempat daripada enam adik beradik berkata kini fokusnya ialah mencari pekerjaan bagi membantu ibu, Rahimah Idrus, 50, serta bapa, Zamri Ripin, 62, dan kelurganya menyewa sementara di kampung sama selepas kediaman mereka hangus dalam kejadian kebakaran itu.
Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Datuk Dr Raha Abdul Rahim ketika berucap berkata anugerah itu bagi menggalakkan pelajar untuk lebih aktif dalam aktiviti di luar ruang lingkup universiti dan diangkat sebagai ikon kepada pelajar lain.
"Selain daripada anugerah-anugerah hadiah akademik dan industri, anugerah julung kali ini juga dilihat menyemai nilai keutamaan yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu kasih sayang, kegembiraan, saling menghormati dan kemanusiaan," katanya.
Pada majlis konvokesyen itu dua pelajar turut menerima anugerah tertinggi iaitu Anugerah Pelajaran Diraja iaitu, Muhammad Nur Shukri Jawahir graduan Ijazah Sarjana Muda Teknousahawan dengan kepujian serta Ng Xin Ni graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan kepujian.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Amirul berkongsi kejayaan bersama keluarga tercinta. - Bernama
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
Graduan UTeM selamatkan ayah dalam kebakaran terima anugerah
Amirul Zarith Zamri, 24, dari Maran, Pahang menerima anugerah istimewa universiti itu yang diwujudkan buat kali pertama.