KUALA LUMPUR: Graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sains semula jadi, matematik dan statistik mencatatkan peratusan mendapat pekerjaan terendah pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata daripada keseluruhan graduan PhD bidang berkenaan tahun lalu, cuma 28 graduan atau 19.6 peratus daripadanya yang berjaya mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata dua lagi bidang yang mencatatkan peratusan terendah mendapat pekerjaan ialah lulusan PhD bagi kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan iaitu 38 graduan (26.6 peratus) dan bidang perniagaan, pentadbiran dan perundangan iaitu seramai 30 graduan (21 peratus).
"Kementerian melalui pusat kerjaya Institusi Pengajian Tinggi sentiasa bantu graduan ini untuk mendapat kerjaya yang sesuai... kementerian juga akan mengkaji cadangan dan inisiatif baharu yang boleh dilaksana dalam membantu graduan PhD mendapat pekerjaan bersuaian kelayakan akademik mereka," katanya.
Yusof berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang meminta Kementerian Pendidikan Tinggi menyatakan berapakah statistik graduan PhD di Malaysia dan apakah bidang paling tinggi tidak mendapat peluang pekerjaan, pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Menurutnya berdasarkan data sistem kajian pengesahan graduan, seramai 25,014 graduan warganegara telah berjaya menamatkan pengajian peringkat PhD dalam tempoh 2011 sehingga tahun lepas dengan 2022 sahaja mencatatkan 2,872 graduan.
Dalam pada itu, Yusof berkata sebanyak 967 program PhD telah berjaya mencapai status akreditasi penuh dan disenaraikan di dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) setakat ini, manakala 154 program masih berstatus akreditasi sementara.
Beliau berkata ia berdasarkan penilaian MQA menerusi standard pematuhan terkini terbitan 2021, yang menjadi dokumen rujukan dalam menawarkan akreditasi pascasiswazah di Malaysia.
"Capaian akreditasi berkenaan cukup penting dalam memastikan kualiti program ijazah PhD negara adalah seiring dengan perkembangan semasa dan juga keperluan antarabangsa.
"Pembangunan standard dan semakan semula ini telah dilaksanakan dengan panel pakar akademik dan industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Dua lagi bidang yang mencatatkan peratusan terendah mendapat pekerjaan ialah lulusan PhD bagi kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan serta bidang perniagaan, pentadbiran dan perundangan. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Graduan PhD sains semula jadi, matematik catat peratusan dapat kerja terendah
Graduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang sains semula jadi, matematik dan statistik mencatatkan peratusan mendapat pekerjaan terendah pada tahun lepas.