KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan ulang tahun pertama beliau menerajui Kerajaan Perpaduan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyokong beliau bagi memastikan kestabilan politik negara.
Bercakap pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) di sini malam Selasa, Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.
"Saya hanya ingin menyatakan yang saya tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari dan GPS telah memainkan peranan penting dalam hal ini," katanya.
Anwar berkata bulan-bulan pertama pembentukan Kerajaan Perpaduan telah menyaksikan mereka terpaksa berdepan beberapa "pergolakan kecil" namun beliau bersyukur kerana kerajaan itu menjadi lebih stabil selepas setahun.
"Kita (kini) boleh bercakap mengenai peralihan tenaga, transformasi digital dan kerancakan ekonomi kerana kita sudah stabil dari segi politik... kita memiliki majoriti lebih dua pertiga di Parlimen," katanya.
Pada majlis itu yang turut dihadiri Naib Presiden Indonesia Dr Ma'ruf Amin, Anwar berkata Malaysia bertuah kerana mempunyai republik berkenaan yang majoriti penduduknya beragama Islam sebagai jiran yang memilih untuk bekerjasama serta saling melengkapi dan bukannya bersaing secara agresif antara satu sama lain.
Beliau berkata proses kerjasama sedemikian perlu disegerakan bagi memastikan negara Islam maju dan merapatkan jurang pembangunan dengan negara lain yang sudah maju lebih awal.
"Saya ingin mempercepat proses itu jika kita ingin mendapat manfaat dan tidak mahu ketinggalan," katanya.
Anwar berkata keazaman Malaysia untuk terus menerajui pasaran halal antarabangsa dengan menyasarkan nilai eksport sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 telah dibayangkan ketika beliau membentangkan kajian pertengahan penggal Rancangan Malaysia ke-12 pada September lepas.
Beliau berkata negara Islam boleh menjalin kerjasama bagi meneroka potensi besar pasaran halal yang turut diakui oleh negara minoriti Islam yang dilawatinya sama ada di Asia atau luar.
Abang Johari, dalam ucapannya, pula berkata Sarawak ingin menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global ekonomi Islam.
Beliau berkata Sarawak bukan hanya berhasrat untuk menyediakan produk dan perkhidmatan halal malah penyelesaian bagi menangani cabaran global seperti perubahan iklim serta keterjaminan makanan.
"Kami juga sedang membangunkan ekosistem sendiri bagi mentransformasi ekonomi Sarawak yang menawarkan pelaburan dan peluang perniagaan yang luas kepada dunia.
"Fokus kami adalah untuk mengalih aktiviti ekonomi ke arah model yang lebih sirkular dan melalui peralihan tenaga," katanya.
Menurut beliau, Pelan Tindakan Ekonomi Digital Sarawak 2030 pada Oktober lepas telah dilancarkan sebagai hala tuju yang mendasari komitmen negeri itu untuk memanfaatkan teknologi digital bagi pembangunan mampan.
"Dunia Islam tidak mempunyai pilihan selain mengguna pakai teknologi dalam mengejar kemajuan, justeru itu, saya menggesa pemimpin dunia Islam untuk meneroka penggunaan teknologi dan menjadi pemain yang mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Anwar pada gimik perasmian Forum GMBF 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. - Foto BERNAMA
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Dasar pendidikan Sarawak tidak bezakan kaum - Abang Johari
Apa yang penting adalah menyediakan anak-anak Sarawak dengan pendidikan terbaik, tanpa mengambil kira sekolah Cina, awam atau antarabangsa.
Kemudahan kesihatan lebih baik di Sarawak turut beri manfaat rakyat lain
Rancangan Sarawak tambah baik kemudahan kesihatan turut mengurangkan beban penduduk di Sabah serta negara jiran untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Sarawak mahu undang-undang lebih tegas tangani vandalisme utiliti - Abang Johari
Sarawak akan kaji undang-undang sedia ada bagi mengenakan hukuman lebih berat dalam usaha membanteras vandalisme terhadap infrastruktur utiliti negeri itu.
Sarawak tiada hasrat rampas hak PETRONAS - Abang Johari
Segala usaha yang dilaksanakan Sarawak dalam industri O&G terutama menerusi PETROS adalah berlandaskan hak dan undang-undang sedia ada.
Perspektif peribumi penting untuk gerakan kelestarian - Premier Sarawak
Pengetahuan dan perspektif masyarakat peribumi adalah penting kepada mana-mana gerakan kelestarian, kata Abang Johari.
Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu
Rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.
Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
Sukan SEA 2027: Sarawak sedia jadi hos bersama, lokasi acara perasmian
Abang Johari berkata Sarawak juga bersedia untuk berkongsi kos penganjuran Sukan SEA 2027 bersama Kerajaan Persekutuan.
Pendidikan: Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa isu - Abang Johari
Perbezaan bidang kuasa Persekutuan dan negeri tidak seharusnya menjadi isu dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan di Sarawak.