Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyarankan orang ramai yang berpendapatan rendah dan berhasrat untuk memiliki kediaman di negeri itu supaya membuat permohonan menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Pengurus Besarnya Azlan Md Alifah berkata langkah itu bertujuan memudahkan pihaknya menyediakan lebih banyak rumah mampu milik sekali gus membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri pada harga berpatutan.
"Kami lihat rakyat Selangor sukar untuk membeli rumah di negeri ini berikutan harga rumah yang ditawarkan pemaju lebih RM500,000 sebuah.
"Oleh itu PKNS mengambil pendekatan menyediakan rumah mampu milik dengan harga sekitar RM175,000 hingga RM250,000 (sebuah), selain memenuhi dasar kerajaan negeri untuk terus memberikan komitmen membina lebih banyak rumah mampu milik," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata rakyat Selangor yang memenuhi syarat ditetapkan serta berdaftar dengan LPHS, akan diberi keutamaan untuk memiliki kediaman yang ditawarkan PKNS.
Jelas Azlan, antara syarat untuk memiliki kediaman itu ialah pemohon mesti berumur sekurang–kurangnya 18 tahun semasa permohonan dibuat, pendapatan individu atau keluarga kurang daripada RM10,000 sebulan dan pemohon serta pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
Katanya, PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik.
"Untuk tujuan ini PKNS menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya 750,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.
"Tahun 2015 ini juga merupakan tahun terpenting apabila PKNS berjaya membina sejumlah 7,500 unit rumah mampu milik di seluruh Selangor iaitu tahun pertama dalam fasa lima tahun itu," katanya.
Bernama
Fri Dec 25 2015
![Golongan pendapatan rendah ingin beli rumah disaran mohon menerusi LPHS Golongan pendapatan rendah ingin beli rumah disaran mohon menerusi LPHS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437623227_RUMAHPKNS.jpg)
PKNS hanya menerima senarai nama pemohon daripada LPHS yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pembeli Rumah Mampu Milik. - Gambar fail
![Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809301_tbPempengaruhmedia.jpg)
Pempengaruh Malaysia hilang di hutan Bandung ditemukan lemah, terbaring
Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai terbaring kira-kira jam 10 malam di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.
![Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809147_tbJacobMurphy.jpg)
Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.
![WCO permudah pelepasan kastam WCO permudah pelepasan kastam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738808802_TBAlmirulitaMohdYu.jpg)
WCO permudah pelepasan kastam
Pegawai kastam di barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menaksir cukai.
![3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air 3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603106947_BEKALANAIR.jpg)
3,950 akaun pengguna di Simpang Ampat alami gangguan bekalan air
Sebanyak 3,950 akaun pengguna PBAPP di Simpang Ampat, Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula esok hingga Sabtu.
Trend terkini dalam penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia
Sr Sulaiman Saheh, Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International Sdn Bhd, membincangkan evolusi permintaan, cabaran, dan masa depan penjagaan warga emas dan kehidupan senior di Malaysia.
![Tiga selebriti tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran Tiga selebriti tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738809686_tbSPRMselebriti.jpg)
Tiga selebriti tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.
Final Countdown: Is your business ready for the e-invoicing deadline?
As the e-Invoicing deadline looms, Executive Director at TRATAX Sdn Bhd, Thenesh Kannaa shares expert insights on compliance, consolidated e-Invoices, and what businesses must do to avoid costly penalties.
![Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738806994_tbbumbungHospital.jpg)
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
[PROMO] Eksklusif bersama Sultan Pahang
Pahang terus melangkah. Dari infrastruktur moden ke keindahan alam, semuanya demi rakyat. Saksikan temubual eksklusif bersama Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di semua platform Astro AWANI.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738804705_tbRINGGITMALAYSIA.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
![Golongan pendapatan rendah ingin beli rumah disaran mohon menerusi LPHS Golongan pendapatan rendah ingin beli rumah disaran mohon menerusi LPHS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437623227_RUMAHPKNS.jpg)
Golongan pendapatan rendah ingin beli rumah disaran mohon menerusi LPHS
PKNS menyarankan orang ramai yang berpendapatan rendah dan ingin memiliki kediaman di negeri itu supaya membuat permohonan menerusi LPHS.