PUTRAJAYA: Kumpulan umur antara 16 hingga 30 tahun merekodkan statistik tertinggi yang maut dalam kemalangan motosikal pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,674 mangsa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, secara keseluruhannya, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada 2023 turut meningkat 10 peratus dengan 4,480 kemalangan maut melibatkan 4,499 jumlah kematian.
Jelas beliau, peningkatan kematian dalam kumpulan penunggang motosikal berumur 16 hingga 30 tahun mempunyai kaitan dengan ketiadaan lesen memandu dan tidak mematuhi peraturan jalan raya.
“Saya dimaklumkan bahawa kemalangan ini telah mula berlaku di umur rendah walaupun syarat memohon lesen bermula 16 tahun, tetapi oleh kerana pelajar sekolah rendah telah mula menunggang motosikal seawal tujuh atau lapan tahun.
“(Punca kemalangan maut) Mereka tiada lesen dan tidak ikut peraturan lalu lintas dan peraturan permotoran,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia di bangunan Kementerian Pengangkutan (MOT) di sini pada Isnin.
Hadir sama Menteri MOT, Anthony Loke dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata peningkatan kemalangan dan kematian penunggang motosikal dikesan berlaku pada waktu puncak iaitu ketika waktu pergi dan pulang kerja.
Beliau menambah, melalui sesi libat urus bersama Persatuan Motosikal Malaysia, beberapa cadangan turut dikemukakan termasuk melibatkan persatuan tersebut dalam acara permotoran bersama JPJ dan memberi pendedahan serta pendidikan awal keselamatan jalan raya bermula di peringkat sekolah rendah.
"Saya harap pendidikan di sekolah rendah, (dapat diberikan oleh) ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan (kementerian) memohon pihak sekolah membenarkan JPJ dan polis trafik turun ke bawah (bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid)," ujarnya.
Dalam masa sama, beliau berkata Pelan Keselamatan Jalan Raya (PKJRM) 2022- 2030, turut mensasarkan 50 peratus pengurangan jumlah kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030.
Selain itu, Ahmad Zahid memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju agar Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya disatu.
Statistik kes kemalangan melibatkan kenderaan motosikal yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan purata kemalangan sehari ialah 268.86 kes, manakala dianggarkan 11.20 kes bagi setiap jam direkodkan pada 2023.
Hasimi Muhamad
Mon Jan 22 2024
!['Golongan 16-30 tahun paling ramai maut kemalangan, punca tiada lesen' - Zahid Hamidi 'Golongan 16-30 tahun paling ramai maut kemalangan, punca tiada lesen' - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705904650_mautbasekspress.jpg)
Secara keseluruhan, jumlah kematian penunggang motosikal akibat nahas jalan raya pada 2023 meningkat 10 peratus dengan 4,480 kemalangan maut melibatkan 4,499 jumlah kematian. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738383923_TBkemalangan.jpg)
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
![Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738295384_wanitamautkemala.jpg)
Wanita maut kereta bertembung lori tentera di Masjid Tanah
Dalam kejadian awal pagi itu, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan bertembung dengan lori tentera di laluan bertentangan.
![Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/81442740600_CarAccident.jpg)
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
![23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya 23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736743794_TBLIBYA.jpg)
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
![Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736693630_NahasKemalanganT.jpg)
Enam mangsa maut ada pertalian keluarga - Polis
Dalam kejadian itu, kesemua mangsa berusia antara enam bulan hingga 82 tahun melibatkan tiga wanita dan tiga lelaki.
![Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736668447_SemekMuda.jpg)
Sebak anak perempuan, menantu, cucu pergi sekelip mata
Luluh hati seorang ibu selepas mendapat khabar duka anak perempuan, menantu dan tiga cucunya meninggal serentak dalam kemalangan tragis membabitkan dua kenderaan di Pekan.
![Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736400411_TBMOTOSIKALMAUT.jpg)
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
![Buruh maut langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut Buruh maut langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735611210_Buruhmaut.jpg)
Buruh maut langgar pacuan empat roda keluar simpang mengejut
Mangsa Mohd Fairul Azwa Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang kereta itu Nor Azmi Daud, 46, cedera parah.
![Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735529501_tbkemalanganmautP.jpg)
Seorang maut, tujuh cedera dalam kemalangan babitkan dua kereta di Pekan
Nur Ezyyantie Aliakbar, Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Temai, Pekan meninggal dunia di lokasi kejadian.
![Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735362884_kemalangan.jpg)
Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori
Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas.