Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini berkata beliau akan menemui Peguam Negara (AG) Tommy Thomas bagi mendapatkan pandangannya tentang sabitan terhadap pereka grafik Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin kerana menerbitkan karikatur satira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata ini berikutan ada moratorium dalam penguatkuasaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) susulan cadangan kerajaan meminda akta itu.
"Ada pandangan menyatakan bahawa moratorium hanya terpakai kepada kes yang masih belum selesai atau individu yang akan dituduh, bukan kes yang sudah diputuskan. Saya akan jumpa AG dan bincangkan perkara ini dengan beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Dilaporkan pada 12 Nov lalu Mahkamah Tinggi Ipoh mengekalkan sabitan bersalah terhadap Mohd Fahmi Reza menurut CMA kerana menerbitkan karikatur Najib dalam bentuk badut menerusi Facebook dua tahun lalu.
Dilaporkan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Radzi Harun bagaimanapun membatalkan hukuman penjara Mohd Fahmi Reza dan mengurangkan denda yang dikenakan terhadapnya daripada RM30,000 kepada RM10,000.
Gobind juga berkata kementerian telah berbincang dengan Majlis Peguam Malaysia, polis serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam usaha meminda atau memansuhkan Seksyen 233 dan 211 akta berkenaan.
"Pindaan yang kami usulkan sepatutnya dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini namun kami telah merujuk kepada Majlis Peguam dan Suhakam, dan saya fikir mereka ada pandangan untuk dikongsikan dengan kami. Kami akan cuba lakukan secepat mungkin, jika tidak pada sesi kali ini mungkin Mac tahun depan.
"Kami menimbang untuk meminda Seksyen 233 dan 211. Ada pandangan lain menyatakan kami patut mansuhkan sahaja 233 dan pinda 211. Ada keperluan kepada perundangan ini namun satu pandangan yang diberikan kepada kami ialah perundangan itu harus diselaraskan dengan Kanun Keseksaan," katanya.
Gobind berkata ini kerana Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan yang berkait perkara sama dengan Seksyen 233.
"Persoalannya bawah bidang kuasa siapa. CMA adalah bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia manakala Kanun Keseksaan bawah polis. Ada dua pihak berkuasa berbeza.
"Ada cadangan agar semua itu diletakkan bawah Kanun Keseksaan dan tentulah disiasat oleh polis. Jadi secara asasnya ia berada bawah satu agensi, satu pihak berkuasa. Saya fikir cadangan itu ada merit dan itulah yang sedang kita semak semula. Kita berbincang dengan polis dahulu untuk menentukan sama ada ia sesuai dan dipersetujui mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin pernah menerbitkan karikatur satira bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail/Instagram
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Tiada kebenaran diberikan kepada Fahmi Reza - USM
Tiada permohonan daripada mana-mana pihak termasuk Mohd Fahmi sendiri berhubung program yang dinamakan sebagai Kelas Demokrasi Fahmi Reza @ USM itu.
Fahmi Reza dilepas tanpa dibebaskan tuduhan buat hantaran jelik di media sosial
Ia berhubung pertuduhan penghantaran komunikasi jelik di media sosial berhubung isu pengharaman penjualan minuman keras di negara ini.
Kes komunikasi jelik: Fahmi Reza kemuka representasi kepada Jabatan Peguam Negara
Surat representasi itu dihantar kepada Jabatan Peguam Negara semalam (28 April) dan salinan asal representasi itu telah diserahkan kepada pihak pendakwaan hari ini.
Fahmi Reza ditahan polis, muat naik karikatur monyet berseragam istana
Aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin atau dikenali sebagai Fahmi Reza hari ini ditahan kerana dipercayai memuat naik karikatur monyet berpakaian seragam istana berwarna kuning di Facebooknya semalam.
Fahmi Reza didakwa lagi buat hantaran jelik di media sosial
Mohd Fahmi Reza mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.
Fahmi Reza didakwa buat hantaran jelik berhubung isu kuarantin menteri di Twitter
Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.
Polis panggil Fahmi Reza bantu siasatan jata Negeri Pahang disunting
PDRM sedang menjalankan siasatan berhubung hantaran yang dimuat naik pada 3 Jan lepas.
Fahmi Reza ditahan polis, isu karikatur kontroversi 'Keluarga Malaysia'
Pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza sekali lagi ditahan polis melibatkan karikatur -Keluarga Malaysia- yang merupakan slogan digunakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Poster sardin: Polis panggil Fahmi Redza minggu hadapan
Polis akan memanggil aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza minggu hadapan berhubung kontroversi poster sardin dan ayam.
Isu poster 'sardin': Polis buka siasatan terhadap Fahmi Reza
Polis membuka siasatan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza berhubung kontroversi poster 'sardin dan ayam' melibatkan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.