Astro Go Shop Sdn Bhd kini menawarkan kemudahan pembelian kereta Proton menerusi promosi eksklusif hasil kerjasama antara kedua-dua syarikat tersebut.

Kategori terbaharu jualan Go Shop itu membuka peluang pengguna untuk mengetahui ciri terbaharu kereta Proton serta peminat yang mahu membeli boleh berdaftar melalui platform Go Shop TV atau secara atas talian atau telefon.

Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Grace Lee berkata lebih 300 pengguna sudah mendaftar untuk membeli kereta Proton, terutamanya dua model terlaris, iaitu Iriz dan Persona.

Katanya, Go Shop sentiasa terbuka dengan idea dan inovasi terbaharu untuk dijual atas Platform Go Shop.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad kenali berkata kerjasama itu memberi manfaat dengan menggunakan kelebihan yang ada pada kedua-dua syarikat.

Pelanggan yang berdaftar di Go Shop antara 5 Jun hingga 30 Jun ini bakal menikmati Proton Stay Safe & Save dan hadiah eksklusif Go Shop iaitu insurans dan cukai jalan percuma untuk setahun serta kad E-Gift Go shop bernilai RM200.

Melalui promosi Proton Stay Safe and Save Campaign pelanggan bakal menikmati servis percuma 5 tahun atau 100,000 kilometer merangkumi alat ganti dan buruh.

Di samping jaminan lima tahun, bonus perayaan RM500 dan bonus balik kampung RM500 serta bonus kesetiaan RM1,000.