KUALA LUMPUR: Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata insiden yang berlaku pukul 10.50 malam semalam itu disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan yang dikuatkuasakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata satu kertas siasatan telah dibuka terhadap insiden yang tular di media sosial itu dan individu terbabit telah dikenal pasti. - Gambar fail/FB IPD Dang Wangi

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Gerai jual mercun, bunga api terbakar, tiada lesen - Polis
Gerai menjual mercun dan bunga api yang terbakar di Jalan Raja Bot, Chow Kit, semalam, didapati tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan.