SERDANG:'Geng Yong’ yang aktif melakukan jenayah pecah premis termasuk kedai serbaneka di sekitar Serdang, Brickfields dan Petaling Jaya, sejak tiga bulan lalu tumpas dengan penahanan empat lelaki tempatan di Seri Kembangan, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Razali Abu Samah berkata ekoran daripada penahan itu, polis berjaya menyelesaikan 30 kes pecah premis, berdasarkan kepada laporan seorang lelaki yang juga pengurus kedai serbaneka yang melaporkan premisnya di Bandar Puteri, Puchong dipecah masuk pada 16 Nov lepas mengakibatkan dua unit laci wang serta wang tunai berjumlah RM2,094 hilang.
“Susulan itu, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan di kediamannya di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada Ahad kira-kira 9 malam.
“Hasil tangkapan itu, polis turut menahan tiga lagi rakan suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun di sebuah pangsapuri di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang di sini semalam.
Razali berkata polis turut merampas beberapa peralatan pecah rumah, pedang, pisau, dekoder, kamera litar tertutup (CCTV), alat pemain cakera padat, televisyen dan motosikal yang dianggarkan bernilai RM30,000 dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah.
Katanya, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tiga daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.
Menurut Razali, suspek turut mengaku terlibat dalam kejadian pecah masuk kedai di Petaling Jaya pada 8 Okt, selepas sebuah video memaparkan aksi suspek melakukan kegiatan tersebut tular di media sosial baru-baru ini.
“Semua suspek ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Razali (depan, kiri) menunjukkan antara rokok seludup yang dirampas dalam kes tangkapan di sekatan jalan raya di jalan besar Seri Kembangan pagi Rabu, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, 26 Nov, 2020. --fotoBERNAMA

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan
Lelaki cabul 3 pengunjung wanita di bazar Ramadan ditahan

Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Polis Diraja Malaysia menerima maklumat terbaharu berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang membabitkan satu pautan rakaman video.

Empat lelaki diburu bantu siasatan kes serang, tetak pekerja restoran
Siasatan awal mendapati empat lelaki itu memakai topi dan penutup muka, bersenjatakan parang serta menaiki sebuah kereta warna gelap.

Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berminat sertai pakej pelaburan Bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat, sebaik menerima satu mesej di WhatsApp.

JSJK guna AI bagi penguatkuasaan, siasatan jenayah komersial
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melancarkan proses penguatkuasaan atau siasatan jenayah komersial.

Polis bongkar sindiket jadikan 'homestay' tempat simpan dadah
Antara dadah dirampas terdiri daripada pil ekstasi seberat 62.64kg syabu 20.78kg, ketamin 5.23kg, pil Eramin 5 sebanyak 1.15kg.

Curi RM300,000: Pegawai, anggota polis antara 21 individu diambil keterangan
Polis telah mengambil keterangan 21 individu termasuk dua polis masing-masing pegawai dan anggota yang didakwa mencuri RM300,000 di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Indonesia serah 700 kenderaan Maung MV3 buatan tempatan kepada tentera dan polis
Kenderaan itu sangat mudah alih, mampu dipersenjatai untuk pertempuran dan dibina untuk menyokong operasi ketenteraan dan bukan ketenteraan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.