SENTUL: Kegiatan sindiket curi kenderaan jenis Proton di sekitar kawasan Lembah Klang yang didalangi Geng Remy Sentosa tumpas dalam Operasi Lejang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam operasi itu empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun ditahan.
Menurutnya, serbuan dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan di Selangor dan Perak pada 4 Jun hingga 8 Jun lalu.
“Susulan daripada tangkapan dilakukan, pihak polis merampas lapan buah kenderaan pelbagai jenis jenama Proton yang dilaporkan hilang di beberapa lokasi berbeza, iaitu sekitar negeri Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur.
Kesemua kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM60,000.
“Selain itu, dua unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua pemutar skru, pahat, 'allen key', serta dua spanar pembuka tayar disyaki digunakan untuk mencuri kenderaan turut dirampas ketika serbuan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Isnin.
Eng Lai berkata, hasil siasatan mendapati dalang sindiket diketuai suspek dikenali dengan nama panggilan Remy Sentosa berumur 38 tahun yang menyasarkan kenderaan buatan Malaysia seperti Proton Wira, Iswara dan Putra.
“Kesemua kenderaan yang dicuri akan dijual kepada individu berminat dengan anggaran harga antara RM2,000 hingga RM5,000 bergantung kepada model kenderaan tersebut,” ujarnya.
Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau dan direman di IPD Sentul bermula 5 Jun hingga 11 Jun bagi membantu siasatan.
Hasil penahanan suspek, polis berjaya menyelesaikan 13 kes kecurian yang dilaporkan iaitu enam kes di Kuala Lumpur, Selangor (empat kes), Perak (dua) dan Melaka (satu),” jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes tersebut di siasat dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes terbabit diminta berhubung dengan bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 13 2022
Polis merampas lapan kenderaan pelbagai jenis jenama Proton yang dilaporkan hilang di beberapa lokasi sekitar Selangor, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur sebelum ini. - Foto Sinar Harian
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
'Geng Remy Sentosa' aktif curi kenderaan tumpas
Dalam operasi itu, empat lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 19 hingga 38 tahun ditahan.