KEPALA BATAS: Sekumpulan lelaki menggunakan kaedah 'sistem barter ' iaitu menukar barang hasil curi bagi mendapatkan bekalan dadah.
Bagaimanapun, aktiviti tersebut tumpas selepas Polis Pulau Pinang berjaya menahan tujuh lelaki dalam dua serbuan di Kampung Perlis dan Kampung Baru Mak Mandin semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, geng penyamun itu terdiri daripada tujuh lelaki berusia 21 hingga 49 tahun.
Geng berkenaan, katanya, giat melakukan kegiatan pecah rumah dan pejabat di sekitar kawasan SPU sejak dua bulan lepas.
Beliau berkata, siasatan mendapati, enam suspek melakukan aktiviti mencuri sebelum menjual barang yang dicuri kepada suspek utama yang berusia 37 tahun.
“Hasil siasatan, kita dapati mereka mencuri alatan seperti pemotong rumput, mereka juga telah mengambil burung yang bernilai… kumpulan ini akan jual barang-barang curi kepada B1 di mana B1 akan beli untuk ditukar dengan dadah bukannya dengan cash (tunai),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, di sini pada Isnin.
Menurut beliau, dalam serbuan yang diadakan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan pertukangan seperti mesin penebuk, gergaji elektrik, mesin penyembur air, mesin pemotong rumput serta beberapa lagi peralatan lain yang dicuri.
Selain itu, tujuh ekor burung bernilai antara RM1,000 hingga RM2,000 yang dicuri turut dirampas polis.
Tidak ketinggalan polis turut merampas sejumlah dadah jenis heroin dan syabu bagi siasatan selanjutnya.
Beliau berkata, ketujuh-tujuh suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau itu kini direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Apr 19 2021
Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor melihat antara peralatan yang dirampas daripada geng penyamun yang giat melakukan kegiatan pecah rumah dan pejabat di sekitar kawasan Seberang Perai Utara sejak dua bulan lepas. - Gambar Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden PKR mungkin tak dipertandingkan - Shamsul Iskandar
PKR berkemungkinan tidak akan mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mei ini.
Penduduk Kampung Sapagaya derita banjir besar setiap tahun
Bagi penduduk Amat Paduka Kawoh salah seorang penduduk Kampung Sapagaya, di Lahad Datu banjir besar yang melanda setiap tahun ibarat bagai penderitaan yang berpanjangan.
Proses pembersihan pasca banjir ambil masa dua hingga tiga hari
Bagi penduduk di Kampung Surih, Segedup yang telah dibernarkan pulang ke kediaman masing-masing, Proses pembersihan pasca banjir tetap mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga ke tiga hari.
Teringat suasana kampung bila sertai Assalamualaikum RaRa 2025 - Zizan Razak
Selebriti popular, Zizan Razak, berkongsi rasa terujanya menyertai program ini yang mampu menyatukan masyarakat untuk berkongsi kegembiraan.
Rumah terbuka PDP di Bintulu dibatalkan, fokus bantu mangsa
Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.
Daftar nama untuk mudahkan mangsa banjir terima bantuan - TPM Fadillah
Mangsa banjir di Sarawak boleh ke pejabat residen atau pusat pemindahan sementara (PPS) terdekat untuk mendaftar nama bagi membolehkan mereka menerima bantuan.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Pecah rumah: 5 ahli 'Geng Eddy' termasuk bekas pemain bola sepak tumpas
'Geng Eddy' yang dianggotai lima lelaki termasuk seorang bekas pemain bola sepak, yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di siang hari tumpas, selepas ke semua mereka ditahan, Isnin lepas.
Geng pecah rumah, pejabat buat 'sistem barter' dapatkan bekalan dadah
Penyamun curi alat seperti mesin penebuk, gergaji elektrik, mesin penyembur air, mesin pemotong rumput dan burung bernilai untuk ditukar dengan dadah.
Kumpulan pecah rumah 'Geng Country Homes' tumpas
Satu kumpulan geng pecah rumah yang didalangi 6 lelaki tempatan akhirnya tumpas selepas ditahan polis dalam beberapa siri serbuan di sekitar Rawang Isnin lalu.