GEORGE TOWN: ‘Geng Merz’ yang aktif melakukan jenayah samun kenderaan mewah di Pulau Pinang tumpas selepas polis menahan empat individu dalam beberapa siri tangkapan di negeri itu termasuk di Kedah dan Perak.
Penahanan dibuat selepas kumpulan bersenjatakan parang itu menyamun dua buah kereta mewah jenis Mercedes Benz di sebuah pusat servis kereta di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah pada 21 Oktober lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Ra’ais berkata, polis yang menerima laporan daripada pemilik pusat servis membuat gerakan mengesan suspek bermula pada 21 Oktober hingga 11 November lepas.
Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta Teluk Intan, Perak.
Rahimi berkata, polis juga berjaya menemui semula kereta Mercedes Benz yang dicuri di Serdang, Kuala Lumpur dan Teluk Intan .
Siasatan awal polis percaya kumpulan itu menjual kenderaan mewah tersebut untuk dijual kepada pihak ketiga.
“Setakat ini kita baru mengesan (kegiatan samun)… apa pun siasatan masih dijalankan terhadap kumpulan ini. Kita juga (siasat) pada kegiatan lain yang dibuat (kumpulan samun),” kata beliau dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, pada Sabtu.
Menurut Rahimi lagi, kesemua kereta mewah yang dicuri itu adalah kepunyaan orang awam dan kegiatan jenayah itu turut dilakukan di pusat servis kenderaan berkenaan.
Rahimi berkata, ujian saringan air kencing ke atas empat suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.
Katanya, keempat-empat suspek juga didapati mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379a Kanun Keseksaan.
Dalam masa sama, Rahimi berkata, selain kes samun, polis Perak turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan selepas salah seorang suspek bertindak melanggar kereta polis sewaktu cubaan melarikan diri daripada di tangkap dalam kejadian Teluk Intan.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Nov 13 2021
!['Geng Merz' samun kereta mewah tumpas 'Geng Merz' samun kereta mewah tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636784687_GENGMERZ.jpg)
Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd Raais (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan rampasan termasuk senjata api daripada suspek kumpulan jenayah 'Geng Merz' dalam sidang media di IPK Pulau Pinang pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
![Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723102899_AnwarIbrahim.jpg)
Perlu kerja lebih pantas supaya Malaysia kekal jadi hab pengeluaran semikonduktor utama dunia - PM
Anwar menegaskan semua pihak perlu bergerak dan bekerja dengan lebih pantas bagi memastikan kedudukan Malaysia sebagai hab pengeluaran utama semikonduktor dunia dapat dikekalkan.
![Peniaga didakwa tawar suapan RM200,000 kepada inspektor polis Peniaga didakwa tawar suapan RM200,000 kepada inspektor polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723097702_TeowKokGuan.jpg)
Peniaga didakwa tawar suapan RM200,000 kepada inspektor polis
Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan berjumlah RM200,000 kepada seorang inspektor polis.
Yahya Sinwar ganti Ismail Haniyeh ketuai Hamas
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Nadir Al Nuri berkongsi pandangan mengenai pemimpin baharu Hamas, Yahya Sinwar yang menggantikan Ismail Haniyeh yang dibunuh di Iran bulan lalu.
Presiden Tunisia pecat Perdana Menteri Ahmed Hachani
Presiden Tunisia, Kais Saied dilaporkan memecat Perdana Menteri Ahmed Hachani pada Rabu.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden,Saied kemudiannya melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai Perdana Menteri baharu.
Menurut kenyataan Pejabat Presiden,Saied kemudiannya melantik Menteri Hal Ehwal Sosial, Kamel Maddouri sebagai Perdana Menteri baharu.
![Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723102176_AnwarIbrahim.jpg)
Keputusan pertahan Gaza, Palestin tak jejas pelaburan ke Malaysia - PM Anwar
Perbezaan pendirian dengan negara Barat dalam isu membabitkan Palestin tidak memberikan kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi serta pelaburan masuk industri E&E Malaysia.
Daim mohon penzahiran dokumen SPRM kes gagal isytihar 70 harta
Bekas Menteri Kewangan, Tun Dr Daim Zainuddin memohon kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis, untuk mendapatkan penzahiran dokumen daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung kes tidak mengisytiharkan 70 aset harta dihadapinya.
PRK DUN Mahkota: Hormati semangat perpaduan, jangan tuntut sebarangan
Masih belum ada perbincangan di peringkat pimpinan utama parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berhubung calon yang akan ditampilkan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota.
Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak harus menterjemahkan semangat perpaduan, dan bukannya membuat tuntutan sebarangan.
Namun, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pihak harus menterjemahkan semangat perpaduan, dan bukannya membuat tuntutan sebarangan.
Kes anak ketua pembangkang disebut semula 29 Ogos
Sebutan kes rasuah membabitkan Muhammad Faisal Hamzah yang juga anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 Ogos depan.
Pengasuh direman enam hari bantu siasatan kanak-kanak dua tahun meninggal dunia
Seorang pengasuh direman enam hari dalam kes kematian kanak-kanak perempuan dua tahun yang dipercayai terjatuh di rumahnya di Taman Cempaka, Ipoh pada Selasa.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A)Akta Kanak-Kanak 2001.
Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(A)Akta Kanak-Kanak 2001.
Penganggur hadapi 15 tuduhan jenayah kes culik budak perempuan
Penganggur mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan culik kanak-kanak pertempuan berusia enam tahun dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.
!['Geng Merz' samun kereta mewah tumpas 'Geng Merz' samun kereta mewah tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/71636784687_GENGMERZ.jpg)
'Geng Merz' samun kereta mewah tumpas
Keempat-empat suspek yang ditahan berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta Teluk Intan, Perak.