KUALA SELANGOR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru generasi muda yang menolak fahaman jumud dan kolot agar bangkit sebagai satu kekuatan baharu masyarakat Madani.
Tegasnya, melalui aspirasi baharu itu, anak muda dari semua kaum di negara ini perlu menjadi generasi yang mampu mempertahankan akidah, nilai, akhlak, kebenaran dan keadilan.
"Kebangkitan, kehebatan, kewarasan dan keilmuan bangsa berteraskan kepada faham, keharmonian, keadilan dan kemanusiaan. Saya percaya dalam membuat penyesuaian bidang pendidikan, teras ini kita tidak boleh ketepikan.
"Sudah sampai ketikanya bangkitnya generasi baharu yang menolak fahaman jumud, kolot dan merugikan bangsa. Bangkit sebagai satu kekuatan. Anak-anak Melayu yang pintar bersama anak Cina, India, Kadazan dan sebagainya bangkit pertahan akidah, nilai, akhlak, kebenaran dan keadilan, bangkit sebagai masyarakat Madani," katanya semasa menyampaikan Syarahan Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di UNISEL Bestari Jaya di sini pada Khamis.
Beliau mengakui memikul cabaran besar dalam merealisasikan perkara itu, namun tetap yakin generasi muda akan memahami serta melaksanakannya.
"Kerangka pemikiran kita boleh mendorong perubahan hanya dengan memastikan masyarakat bersatu dan pendidikan itu membawa perpaduan berteraskan agama, bangsa dan negara serta mesti bawa kekuatan negara dan kemanusiaan," ujarnya.
Katanya lagi, beliau percaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek boleh membawa pendidikan negara ke peringkat seterusnya berpaksikan kepada keyakinan dan nilai.
"Kita tidak mahu orang 'pintar'. Pintar untuk mengajar dan pintar untuk menipu. Kita perlu belajar dari pengalaman iaitu kebangkitan, kehebatan, kewarasan dan keilmuan bangsa yang berteraskan kepada faham, keharmonian, keadilan dan kemanusiaan," ujarnya lagi.
Astro Awani
Thu Feb 09 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru generasi muda yang menolak fahaman jumud dan kolot agar bangkit sebagai satu kekuatan baharu masyarakat Madani. - Foto BERNAMA
Polis terima laporan kes kucing diseret
Polis mengesahkan menerima laporan ke atas seorang lelaki yang bertindak menganiayai seekor kucing dengan mengikat tali di leher haiwan itu sebelum diseret dalam kejadian di Scott Garden Soho, Kuala Lumpur pada Sabtu.
AWANI Review: Power of Vulnerability - Why Openness Makes Better Leaders
Nick Jonsson, co-founder of Executives’ Global Network Malaysia and author of Executive Loneliness, explores the hidden struggles of leadership - loneliness and mental health. In conversation with Cynthia Ng, he reveals how embracing vulnerability and openness can transform leaders and organisations for the better.
2TM: Lebih 200,000 pengunjung direkodkan dalam dua hari
Lebih 200,000 pengunjung direkodkan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Johor negeri terbaru dilanda banjir
Sebuah PPS dibuka di Balai Raya Batu Badak, Segamat, 2 petang tadi, dengan menempatkan 11 orang daripada empat keluarga.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
Pahang berjaya peroleh kutipan hasil RM1.144 bilion
Ia membuktikan prestasi kepimpinan kerajaan negeri ini sangat cemerlang untuk setanding dengan negeri maju lain seperti Selangor dan Johor.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peruntukan kepada negeri sentiasa dipertingkatkan - Anwar
Kerajaan MADANI mengambil berat kepentingan rakyat di semua negeri walaupun ia ditadbir oleh pembangkang, dan telah bertindak meningkatkan peruntukan yang diterima mereka.
Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.
Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Kerajaan MADANI terus menumpukan inisiatif membangunkan negara dan tidak melayani kenyataan picisan yang tidak membantu ke arah usaha tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia teguh kerana sifat tolak ansur, muliakan satu sama lain - PM Anwar
Malaysia kekal teguh sehingga kini kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.