KUALA LUMPUR:Gencatan politik dalam keadaan negara berhadapan ujian getir pandemik COVID-19 dilihat perlu kerana ia melibatkan soal keselamatan rakyat, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain.
Menurut pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia itu, langkah yang diambil Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengisytiharkan gencatan politik pada Rabu lepas disambut baik parti politik lain yang turut mahukan keutamaan rakyat diberikan tumpuan.
"Saya percaya walaupun gencatan politik berlaku, parti-parti politik tidak akan berhenti untuk berpolitik kerana dalam waktu ini mereka boleh merancang strategi politik untuk masa akan datang.
"Politik kita kalis COVID-19, ahli-ahli politik masih ingin berjuang untuk mendapatkan kepentingan mereka atas nama demokrasi," katanya dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Gencatan Politik : Penyelesaian Kepada Kemelut atau Akan Bertambah Kalut?' yang disiarkan di Bernama TV, malam tadi.
BACA: UMNO umum gencatan politik, sokong penuh Perikatan Nasional - Zahid Hamidi
BACA: Gencatan politik: "Tolong kasihan kami, jangan bergaduh" - Rakyat merayu!
Senada dengan Mohd Izani, Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid menegaskan agenda untuk memperkasakan rakyat perlu diterjemahkan dalam bentuk tanggungjawab oleh ahli-ahli politik.
Katanya, ia perlu menjadi fokus utama wakil rakyat berbanding kepentingan mereka untuk mempertahankan status quo, selain merealisasikan tuntutan termasuk kemahuan menjadi perdana menteri, pertambahan wakil dalam kementerian dan sebagainya.
"COVID-19 adalah ancaman keselamatan yang serius. Secara rasionalnya, gencatan politik boleh berlaku jika semua pihak bersetuju yang perkara berkaitan kuasa dan pangkat perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana masalah utama sekarang adalah penularan pandemik tersebut," katanya.
Ahmad Zahid sebelum ini berkata UMNO melaksanakan gencatan politik bagi mendukung usaha yang dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk membantu rakyat dan negara mendepani COVID-19 serta kelembapan ekonomi.
Menurut Ahmad Zahid, semua pemimpin parti itu yang berada dalam Kabinet telah diarah memberikan tumpuan penuh kepada usaha membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik itu.
BACA: DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
BACA: Gencatan politik: Pas sokong usaha jernihkan politik negara, harap tidak timbul masalah baharu
BACA: Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO
Sementara itu, mengulas mengenai isu darurat yang hangat mencetuskan spekulasi banyak pihak, Kartini berkata darurat boleh diisytihar dalam keadaan negara berdepan ancaman keselamatan iaitu COVID-19 berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, langkah melaksanakan darurat juga adalah pilihan terakhir bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya dalam masa terdekat.
"Kalau menilai semula dalam keadaan negara berperang dengan COVID-19, darurat boleh dilaksanakan kerana melibatkan ancaman keselamatan dan pengisytiharan itu boleh berlaku jika Yang di-Pertuan Agong bersetuju," katanya.
Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat sekiranya keselamatan, ekonomi atau ketenteraman awam terancam.
BACA: Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis
BACA: 'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Bagi rakyat yang menganggap darurat, sekiranya berlaku, akan meragut kebebasan mereka, Mohd Izani berpendapat senario itu adalah sedikit berbeza kerana ia lebih bersifat kepada 'darurat politik' yang membolehkan rakyat tetap melakukan aktiviti seperti sedia kala.
"Saya fikir sekiranya darurat diperkenalkan, ia adalah untuk mencegah berlakunya pilihan raya yang lebih awal.
"Semua pihak perlu memahami, jika pilihan raya berlaku dalam masa terdekat, ia akan mencetuskan lebih banyak penularan jangkitan COVID-19 sekali gus meningkatkan bilangan kes penyakit itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
![Gencatan politik perlu demi keselamatan rakyat Gencatan politik perlu demi keselamatan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81592824064_pasarmalam.jpg)
Penganalisis politik berpendapat, langkah melaksanakan darurat adalah pilihan terakhir bagi mengelakkan berlakunya pilihan raya dalam masa terdekat. - Gambar hiasan
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Ahli Parlimen cadang gencatan politik demi kestabilan ekonomi, perpaduan negara Ahli Parlimen cadang gencatan politik demi kestabilan ekonomi, perpaduan negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/51444837113_SimTzeTzin.jpg)
Ahli Parlimen cadang gencatan politik demi kestabilan ekonomi, perpaduan negara
Polarisasi politik dilihat mampu memecahbelahkan masyarakat ke tahap yang amat membimbangkan dan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan rakyat.
![Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat - Anwar Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650276448_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat - Anwar
Kata Anwar penamatan tempoh perjanjian MoU gencatan politik yang bakal berakhir selepas Julai tahun ini belum pasti akan mencetuskan pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649235245_MindaSyedAliAlhab.jpg)
Ahli politik disaran lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Selagi tiada semangat sebegitu, selagi itulah ahli politik akan saling tuduh-menuduh, aib-mengaibkan dan cabar-mencabar sesama mereka.
![Perlu gencatan politik, tetapan semula sistem tangani pelbagai masalah - Saifuddin Perlu gencatan politik, tetapan semula sistem tangani pelbagai masalah - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630484261_TBSAIFUDDINjpg.jpg)
Perlu gencatan politik, tetapan semula sistem tangani pelbagai masalah - Saifuddin
Saifuddin berkata, langkah itu seiring titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang mahukan pergeseran dan pertelingkahan politik dikurangkan.
![Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618206726_syedali.jpg)
Lakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan - Syed Ali
Semua pihak khususnya pemimpin, penyokong dan pemain politik diminta mengambil pendekatan untuk melakukan 'gencatan politik' sepanjang Ramadan ini.
![UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599799550_ZahidHamidi.jpg)
UMNO mahu pilihan raya umum selepas COVID-19 terkawal
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat rakyat perlu dikembalikan bagi mengujudkan kerajaan yang stabil.
![Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603420064_ShahbudinEmbun.jpg)
Gencatan politik: 'Bukan masa untuk bernostalgia' - Penganalisis
Isu perebutan kuasa, jawatan mahupun hal parti haruslah dikurangkan kerana rakyat dilihat muak dan jemu dengan 'politiking' keterlaluan ketika ini.
![Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603360503_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Bersatu sambut baik pengumuman gencatan politik UMNO
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, langkah itu patut dicontohi semua parti politik ketika kerajaan sedang berusaha memutuskan penularan COVID-19.
![DAP persoal gencatan politik oleh UMNO DAP persoal gencatan politik oleh UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/81551329422_LimKitSiang.jpg)
DAP persoal gencatan politik oleh UMNO
Dakwa Kit Siang, keputusan Ahmad Zahid membayangkan UMNO takut kehilangan rakan mereka iaitu Pas dalam Muafakat Nasional
!['Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid 'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603327990_AnnuarMusaMenteri.jpg)
'Laporan u-turn, mesyuarat 4 jam tidak benar' - Annuar sokong gencatan politik Zahid
Mengadakan pilihan raya juga bukanlah tindakan yang mampu menyelamatkan rakyat, malah ia hanya memporak-perandakan keadaan.