SHAH ALAM: Pihak berkuasa digesa untuk memperhebatkan serbuan ke atas lubuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan pedalaman kerana jumlahnya yang masih tinggi.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata penduduk di sekitar Lembah Klang masih kurang berpuas hati dengan hasil serbuan yang dibuat oleh penguat kuasa kerana didakwa belum dilakukan secara menyeluruh.
Pesara, Ismail Abu, 60, berkata, jumlah warga asing di kawasan tempat tinggalnya masih berada pada tahap yang membimbangkan malah kebanyakan peniaga di pasar terdiri daripada golongan PATI.
"Di pasar, mereka yang meniaga di situ terlalu ramai sampai nak cari peniaga Melayu pun susah. Mungkin mereka diberikan gaji untuk jaga gerai tetapi perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku.
"Ada antara mereka yang berani menjual ayam mentah, kalau ikutkan mereka tak layak. Kita bimbang ayam itu tidak disembelih dengan cara betul. Kena hati-hati.
"Kalau boleh, pihak berkuasa kena datang ke kawasan pedalaman seperti di Meru. Di situ ramai sangat PATI dan kadangkala kita bimbang untuk biarkan anak-anak keluar berseorangan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Dalam pada itu, seorang peniaga, Mohd Hazwan Nizam, 38, berharap serbuan dapat dilakukan secara berterusan dan bukan hanya memfokuskan lokasi hasil daripada aduan orang ramai sahaja.
"Kalau kita lihat sekarang tindakan itu dilakukan di kawasan tertentu saja. Pihak berkuasa perlu tingkatkan penguatkuasaan dan mengenakan tindakan sewajarnya kepada PATI.
"Kebanyakan daripada golongan ini, mereka sebenarnya bawa banyak masalah seperti kecurian, kes rogol dan culik. Jadi, serbuan perlu dibuat secara menyeluruh," ujar beliau.
G Kanan, 53, pula berkata, tindakan tegas yang dilakukan secara berterusan akan membuktikan bahawa perundangan Malaysia serius membanteras kemasukan PATI.
"Mungkin mereka juga tidak berani lagi untuk menyelinap masuk ke dalam negara," katanya.
Mengulas lanjut, suri rumah, Siti Mohd, 60 meluahkan rasa bimbang dengan jumlah PATI di kawasan tempat tinggalnya kerana sudah banyak kes kecurian berlaku melibatkan golongan itu.
"Mereka pakai pakaian seperti orang Islam dan masuk ke masjid dan kita ingat mereka nak solat tetapi mencuri. Jadi, pihak berkuasa kalau betul nak 'bersihkan' PATI kena buat betul-betul.
"Teruskan buat serbuan, jangan berhenti selagi mereka ini (PATI) tidak dihapuskan secara menyeluruh," tambahnya.
Sementara itu, seorang pesara, Rahim Omar, 61, berkata, tindakan tegas juga perlu diambil kepada golongan berkenaan kerana ada dalam kalangan mereka sudah melampaui batas.
Ujarnya, PATI kini sudah berani mencari wang dengan mengambil bayaran di tempat parkir kenderaan atau tandas awam dan meminta pihak berkuasa memandang serius keadaan itu supaya ia tidak bertambah di kemudian hari.
Sabtu lalu, seramai 281 PATI ditahan menerusi Op Sapu yang dijalankan di Persiaran Raja Muda Musa, pekan Pelabuhan Klang.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, pemeriksaan melibatkan 469 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Nepal, India, Pakistan, Bangladesh dan Myanmar.
Daripada jumlah itu, seramai 228 lelaki dan 53 perempuan warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 05 2024
![Gempur lubuk PATI di kampung Gempur lubuk PATI di kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707095542_TBPATIjpg.jpg)
Pihak berkuasa digesa memperhebatkan siri serbuan PATI di kawasan kampung. - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720171813_MeorHezbullah.jpg)
Imigresen tahan 54 pendatang tanpa izin dalam Op Belanja, Sapu dan Selera
Kesemua yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
![Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707310518_SHSittiSalehaHabi.jpg)
Imigresen Sabah hantar pulang 1,773 pendatang warga Filipina tahun ini
Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata tiga siri menerusi Program Pemindahan Tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin telah dilaksanakan tahun ini.
![Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704537963_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Tujuh lagi pendatang tanpa izin lolos ditahan, 98 berjaya diberkas setakat ini
Kesemua tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah bersama Pasukan Gerakan Am Briged Utara pada kira-kira 3 petang.
![Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704537963_TBYUSRIHASSAN.jpg)
Pendatang asing lolos: 91 berjaya diberkas, 38 masih diburu - KP Perak
Polis menyeru orang ramai terus bekerjasama bagi mengesan baki tahanan yang masih bebas.
![Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71675853085_Penempatanwargaind.jpg)
Penempatan haram: Pemilik tanah perlu bertanggungjawab - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan pemilik tanah persendirian perlu bertanggungjawab dan mengambil perhatian dengan perkara yang berlaku di kawasan masing-masing.
![Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666187637_TBThaiSoldier.jpg)
Polis Thailand tahan 50 PATI dalam perjalanan ke Malaysia
Pasukan keselamatan Thailand hari ini menahan 50 pendatang tanpa izin warga Myanmar dalam satu operasi di Songkhla.
![Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61643838431_PasirMas.jpg)
Polis cadang PATI ulang kesalahan ceroboh Malaysia disebat
Pendekatan itu merupakan salah satu bentuk pengajaran kepada PATI supaya tidak lagi berbuat demikian pada masa akan datang.
![Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643576775_pendatangasing.jpg)
Pemilik jeti ditahan bersekongkol dengan sindiket PATI
Kesemua migran adalah warga Indonesia, tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai baru masuk ke Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
![Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71643129492_Acryl.jpg)
Isu PATI dibincang dalam pertemuan Ketua Polis Malaysia, Indonesia
Kerjasama antara kedua-dua negara perlu bagi memudahkan proses pemantauan dan penyelarasan sekiranya kejadian serupa berlaku pada masa hadapan.
![Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642503059_JOHORBAHRU.jpg)
Tragedi bot karam: 6 PATI ditemui lemas, seorang selamat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian digerakkan sebelum tujuh lagi mangsa ditemui dengan enam daripada lemas.