KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, yang menyaksikan sebanyak 42 tan lagi barangan bantuan kemanusiaan dihantar semalam.
Menurutnya bantuan ke Damsyik, Syria yang dihantar menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu merupakan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
"Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, InsyaAllah," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Misi penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria sejak negara itu dan juga Turkiye dilanda gempa bumi 6 Feb lalu, berlepas kira-kira 10.15 malam semalam dari Pangkalan Udara TUDM Subang, melibatkan 51 kru termasuk wakil kementerian serta NGO.
Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria itu setakat semalam dilapor telah melepasi jumlah 45,000 mangsa.
Sementara itu, menurut Perdana Menteri dalam sesi temu bual bersama Jabatan Radio dan Televisyen Turkiye (TRT) di Ankara ketika lawatannya ke negara itu Rabu lepas, Malaysia telah menghantar sebanyak tiga pasukan untuk misi bantuan kemanusiaan ke negara itu setakat ini..
"Terdapat (ramai) ...yang menzahirkan rasa sedih dan simpati di seluruh negara, sangat mengagumkan.
"Walaupun baru mengumpulkan dana, dalam beberapa hari, bagi sebuah negara kecil, negara yang agak membangun untuk memperoleh 10 juta dolar serta-merta, saya fikir ini adalah sesuatu yang luar biasa, yang bermaksud Turkiye mempunyai tempat yang istimewa bagi kami," katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara itu.
Video temu bual itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Bantuan kepada mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, menyaksikan sebanyak 42 tan lagi barangan bantuan kemanusiaan dihantar semalam. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
AWANI Ringkas: Jenazah lima sekeluarga selamat dikebumikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengurus inap desa rugi lebih RM60,000 ditipu skim pelaburan bitcoin
Seorang pengurus inap desa kerugian lebih RM60,000 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan bitcoin dalam talian.
Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan - UNICEF
UNICEF mengeluarkan amaran tersebut selepas dua bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Gempa bumi Turkiye: Angka korban melepasi 45,000 di Turkiye dan Syria
Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria terus meningkat melebihi 45,000 mangsa pada Sabtu.
'Jumpa di Parlimen selepas ke Turkiye, Alhamdulillah selamat pulang' - Wan Azizah
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan kesyukuran setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat pulang dari Turkiye.
Gempa Turkiye: Lelaki 62 tahun ditemui selamat selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan
Huseyin Berber terpaksa minum air kencing sendiri untuk meneruskan hidup sepanjang terperangkap.
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas 187 jam terperangkap di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye pada 14 Februari lalu.
'Rumah kami bergoyang sebelum menyembah bumi' - Mangsa gempa Turkiye
Itu pengalaman ngeri yang dialami Muhammad Nur Damlah ketika gegaran berukuran 7.8-magnitud membadai beberapa daerah di Turkiye dan Syria.
Dianggap tindakan berlebihan, PM Anwar perjelas sebab kunjungan ke Turkiye
Kunjungan dibuat atas dasar persahabatan istimewa selain Turkiye banyak salur bantuan kepada Malaysia.
Gempa bumi Turkiye: 'Saya minum air kencing' - Mangsa terselamat selepas 4 hari
Mangsa, Adnan Muhammed Korkut berjaya dibawa keluar oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada Jumaat.
Gempa bumi Turkiye: Pasukan SMART MAS-01 usaha keluarkan mangsa terperangkap bawah runtuhan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ketika ini sedang menyelamatkan seorang mangsa yang dikatakan tertimbus di dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Gaziantep, Turkiye.
Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta
Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan Gempa Bumi di Gaziantep, Turkiye.