Gelongsor air terpanjang di dunia sepanjang 1.140 kilometer di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang di sini akan dibuka kepada orang ramai pada Ogos ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sim Choo Kheng.
Beliau berkata gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga 'Gravity Play', hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.
Menurutnya, gelongsor itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan 'Adventure Play' dan 'Water Play' dan wakil daripada Guinness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.
"Cabaran terbesar dalam proses pembinaan adalah untuk mengelak menumbang pokok di sekeliling kawasan bukit bagi mengekalkan kehijauan alam sekitar di kawasan tersebut," katanya pemberita ketika lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan, Warisan, Budaya dan Seni Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin, ke taman tema berkenaan, pada Ahad.
Sim berkata pelaburan dalam fasa ketiga "Gravity Play" telah menelan kos sebanyak RM10.6 juta termasuk pembinaan satu laluan kereta kabel untuk membawa pengunjung ke puncak bukit.
"Kereta kabel terbabit akan menghubungkan antara kaki bukit hingga ke permulaan gelongsor air terpanjang itu dan kereta kabel berkenaan amat unik berikutan ia akan melalui kawasan hutan," katanya.
Beliau berharap Escape akan menjadi pusat tarikan pelancong dalam usaha memajukan industri pelancongan dan memberi banyak manfaat kepada semua golongan masyarakat di Teluk Bahang.
Setakat ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, "flying fox' dan 'kite flyers' di "Adventureplay" dan "water slide", "lazy river", "speed racer" dan "waveball" di 'Waterplay'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2019
Yeoh (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Ketua Pegawai Escape, Sim Choo Kheng mengenai gelongsor air di Taman Tema Escape Teluk Bahang. - Foto BERNAMA
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Laporan terkini situasi banjir di Pontianak bersama DWI NARDI / Ketua KOMPAS TV Biro Kalimantan
Selain wilayah perbatasan Indonesia-Malaysia di Kabupaten Sanggau, banjir besar yang berlaku di Kalimantan Barat juga menjejaskan beberapa kawasan sempadan lain termasuk di Jagoi Babang, Kabupaten Bengkayang.
Empat lokasi lebuhraya Pan Borneo dinaiki air
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. kesemua laluan Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak tidak terputus walaupun empat lokasi dinaiki air.
Kemalangan: polis siasat pelampung gelongsor kena pengunjung di taman tema
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tular melibatkan pelampung gelongsor yang tiba-tiba terjatuh dan menimpa seorang pengunjung di Sky City, Taman Tema I-City, Shah Alam, pada Rabu.
Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
PTPTN mengukuhkan agenda mengurangkan kebergergantungan masyarakat kepada pinjaman sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.
Honda, Nissan umum pelan terperinci penggabungan pertengahan Februari
Mitsubishi Motors Corp, rakan kongsi Nissan, kini cenderung untuk bergerak sendiri dan tidak menyertai penggabungan.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico
Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.
Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.
Keputusan AS keluar WHO hanya rugikan rakyat sendiri - Penganalisis
Keputusan Amerika Syarikat (AS) menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak memberi kesan yang ketara kepada sistem kesihatan global.