KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan di media sosial.
Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Mohd Sufian Sulaiman berkata jabatan itu melalui makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur, telah menjalankan identifikasi analisisa porsin ke atas sampel gegelang sotong itu.
"Justeru, DOF menegaskan beberapa sampel gegelang sotong sejuk beku yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna tempatan adalah selamat, dan tidak mengandungi DNA babi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata hasil ujian tersebut akan dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Mohd Sufian berkata pusat biosekuriti berkenaan adalah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kualiti makanan sumber laut, bagi kegunaan oleh pengguna Malaysia.
Beliau berkata selain mempunyai kepakaran mengesan DNA babi, pusat biosekuriti tersebut juga bertanggungjawab memastikan makanan laut dalam pasaran dan diimport ke negara ini, bebas penyakit dan kandungan dilarang selain penternak perlu mematuhi peraturan antarabangsa.
"Untuk produk makanan laut yang mahu dieksport pula, penternak perlu mendapatkan sijil keselamatan ikan dan sijil bebas bahan dilarang, barulah mereka boleh eksport produk tersebut," katanya bahawa makmal itu telah diakreditasi MS ISO 17025.
Mohd Sufian juga menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak benar, kerana ia boleh menimbulkan ketidakselesaan dan keraguan dalam kalangan pengguna.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai dakwaan gegelang sotong yang dijual di pasaran, diperbuat daripada usus babi dan dicampurkan perisa sotong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022
Jabatan Perikanan (DOF) mengesahkan tiada identifikasi porsin (DNA babi) dikesan pada sampel gegelang sotong sejuk beku seperti yang ditularkan di media sosial. - Gambar hiasan/Sinar Harian/media sosial
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
'Pork Meat Test' bukan untuk kesan DNA babi
Iftitah Solutions (M) Sdn Bhd, pemilik jenama Rapidtest dan produk Pork Meat Test menegaskan, produk itu bukan berfungsi untuk mengesan DNA babi seperti ditularkan dalam media sosial.
Ujian makmal Jakim ikut piawaian antarabangsa - Jabatan Standard
Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal.