Menurut Ketua Sekretariat GDRN, Izad Ismail, pihaknya akan menghantar bantuan terutamanya ke lokasi yang belum menerima sebarang bantuan.
“NADMA akan mengenal pasti tempat yang masih belum menerima bantuan agar keperluan asas mangsa banjir dapat disalurkan.
“Mereka selalunya kekurangan keperluan asas seperti berus gigi, selimut, bantal dan selipar apabila terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementra (PPS).
“Selain daripada NADMA, kami juga akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk terus memberi bantuan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata semua agensi pengurusan bencana kini telah bersiap siaga sepenuhnya untuk berdepan gelombang kedua bencana banjir yang semakin meruncing terutama di negeri Pantai Timur.